Tuesday, February 8, 2011

Chocolate Gifts

Minggu lepas saya menerima "tempahan" coklat, he..he..bukan dari orang luar tapi dari keluarga sendiri - my husband nak beri student dia rasa coklat kami (malam ni they will taste it!), my sister nak kasi rakan sepejabat, while my eldest son nak kasi hadiah harijadi cikgunya.....alhamdulilah buat sendiri kuranglah kos berbanding jika membeli, lagi-lagi kalau berjenama!




Seperti biasa kami suka buat assorted coklat mengunakan gabungan coklat hitam, susu dan putih. Teknik-teknik membuat praline ini ialah teknik cetak (moulding), celup (enrobed) dan jatuhan (rocher) atau gabungan.




Yang bentuk Daun tu adalah coklat susu berisi kacang gajus (teknik cetak - lebik berkilat berbanding dengan praline yang dicelup). Truffle sebelahnya adalah gianduja (campuran hazelnut/walnut paste dengan coklat susu) yang dicetak mengunakkan truffle mould dan kemudiannya dicelup, hiasan atas truffle tu terhasil mengunakan spiral dipping tool. Dua jenis coklat mengunakan cuvette yang saya buat mengunakan Callebaut Dark Choc couverture - satu diisi dengan cluster coklat putih, bertih beras dan buah cranberries kering kemudian dihias mengunakan goji berry kering yang dihancurkan (anak saya ingat serbuk cili!) dan yang lagi satu adalah cuvette yang diisi dengan roselle pate de fruit dan gianduja (yang ini saya guna peanut butter). Resipi roselle pate de fruit tu saya adapt dari buku Fine Chocolate oleh Jean Pierre Wybauw (pg 213). Yang akhir sekali adalah biskut wafer Munchy's yang dicelup mengunakan coklat susu dan dihias mengunakan transfer sheet.




Harap sesiapa yang bertuah menerima hadiah coklat-coklat ini berpuashati menikmatinya...pada sesiapa yang belum pandai buat coklat marilah datang ke kelas kami atau mana-mana kelas coklat yang lain! Pada yang dah pandai bolehlah cuba idea-idea yang dikongsi disini...

.

0 comments: