Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Illustration of chocolate making process

...found this while surfing the net...interesting!

making-chocolate

Sunday, April 27, 2014

Coklat KitKat dari Jepun

Pada cuti sekolah lepas my eldest boy and my sister berpeluang bercuti ke Jepun....kerana barang-barang di Jepun mahal...jadi buah tangan untuk keluarga di Malaysia pun terhad..only affordable coklat, flavour KitKat.



Perisa yang dibeli: Green tea, Green tea with sakura, Wasbi (Ammar tak suka!), Strawberry (sedap!), dan Cili.  Interestingly..hari ni saya pergi berbelanja kat Jaya Grocery di Bangi Gateway dan terjumpa kitkat Jepun ni!! Ada tiga flavour yang dijual..green tea, kopi n strawberry (~RM16++ perpack)...jadi pada sesiapa yang ingin mencuba tak perlu ke Jepun untuk merasa coklat kitkat ni, dah boleh beli kat sini.....



Monday, October 21, 2013

Insect Chocolate Take off

....weird chocolates..which I will not make and I don't think my families will appreciate it...NO THANKS!


Source: The Star..21/10/2013

Bug bling: Even coated in edible gold dust, there is no chance of mistaking the once-living decorations perched atop the chocolates. — Photos AFP

Chocolate-maker Sylvain Musquar has so far sold 60 boxes of his worm and cricket-topped confections for RM95 each.
FROM the country that brought the world the culinary delights of snails in garlic, frogs’ legs and foie gras, comes another gastronomic first: cricket and worm chocolates.
Not to everyone’s taste, admits French chocolate-maker Sylvain Musquar, who suggests customers should avoid looking closely at the original handmade confectionary in pride of place in his patisserie shop in Nancy.
“You mustn’t fix your eyes too much on them, or pay too much attention, otherwise you won’t eat them,” Musquar said.
Even coated in edible gold dust, and even at a glance, there is no chance of mistaking the once-living decorations perched atop the chocolates.
Musquar, who uses a pair of tweezers to delicately place each insect or worm on the squares of chocolate “that shouldn’t be too soft or too hard”, says he came up with the idea while visiting Asia.
Mealworms and crickets are placed on top of chocolate. Musquar believes mixing them with chocolate might just make the idea more palatable, and sales prove it. - AFP
Mealworms and crickets are placed on top of chocolate. French chocolate maker Sylvain Musquar believes mixing them with chocolate might just make the idea more palatable, and sales prove it.
“There, eating insects is popular and part of the culture. I’m a chocolate maker, and I thought, why not mix the two,” Musquar told France 3 television.
He admits the crickets and mealworms he uses need a little “make-up ... to make them a bit sexy” in the form of gold dust before being presented to the paying, consuming public.
“It makes them a bit more appetising and it covers the natural brown colour of the insects that might put people off,” he added.
For un-squeamish patriots heeding the siren call of the Made-in-France campaign, there is good news: the chocolates are 100% national produce.
The insects and worms are supplied by MicroNutris, a Toulouse-based specialist company that formed in 2011. “We began producing insects after a United Nations report on food and agriculture suggested they might be the solution to hunger in the world,” Cedric Auriol, company founder, told Le Monde.
French chocolate maker Sylvain Musquar presents chocolates topped with insects. Musquar had the idea to offer mealworms or crickets on his chocolates after he worked in Japan and South Korea. - AFP
Musquar had the idea to offer mealworms or crickets on his chocolates after he worked in Japan and South Korea.
The crickets are raised for eight weeks, and the mealworms, 12 weeks, during which Auriol says they are fed a “diet rich in vitamins, minerals and saturated fatty acids”.
Was this what the United Nations Food and Agriculture Organisation had in mind when it suggested eating insects – or to give its proper name entomophagy – might be a solution to global hunger?
Musquar believes mixing them with chocolate might just make the idea more palatable and plenty of customers agree: he has already sold around 60 boxes of nine chocolates for ‚22 (RM94.50) each. — Guardian News & Media

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru. Terimakasih atas segala tunjuk ajarmu dan jasamu sentiasa akan dikenang!


Friday, September 21, 2012

Coklat Luar

Jenis-jenis coklat commercial yang terdapat di sesebuah negara kebiasaannya mengikut citarasa penduduk tempatan. Brand yang biasa didapati di sini mungkin ada di negara lain tetapi dalam bentuk atau perisa yang berlainan...sebab tulah seronok kalau dapat coklat luar (lain dari yang kita biasa makan).  Raya lepas kami dapat dua jenis coklat...Aerated White chocolate dari Russia dan Matcha flavour Kit Kat dari Jepun.   







stock photo : White brown and black aerated chocolate closeup view background
Gambar Hiasan

Aerated coklat tu rupanya seperti gambar hiasan ini..berlubang-lubang macam kena makan semut (itu comment anak saya..geli tenggoknya tapi sedap!) Aerated coklat ni lebih cepat mencair dalam mulut dan sesuai untuk coklat solid (taklah keras sangat untuk digigit!).  Agak-agaknya boleh tak kita buat coklat aerated ni di rumah..jawabnya boleh jika kita ada "Gas-charged cream whipper canister".  Teknik dan resipi anda boleh dapat kat internet atau dari buku Chocolates & Confections by Peter Greweling.
Coklat Kit Kat adalah coklat kegemaran masyarakat Jepun.  Bermacam-macam flavour Kit Kat boleh didapati kat Jepun dari yang biasa sepeti di Malaysia hingga yang luar biasa (soy sauce, wasabi, Miso etc)...goggle ajelah kat internet boleh tengok gambar-gambar coklatnya!

Matcha atau green tea kit kat ni rasanya tidak manis sangat walaupun mengunakan coklat putih.  Rasa teh hijau itu pada coklat dan juga wafernya...sedap! Mungkin kalau nak buat di rumah boleh enrobe mengunakan coklat putih yang ditambah green tea (berapa banyak...up to your taste).  Wafer green tea  rasanya tak pernah jumpa kat Malaysia tapi mungkin boleh guna vanilla flavour.


Ini pula HomeChoc exclusive chocolate..tiada di pasaran!...Roselle Strawberry Wafer....



.

Wednesday, April 11, 2012

Planetary Chocolates

Orang Jepun memang terkenal dengan hasil seni dalam makanan mereka (eg sushi)...dalam rekaan coklat juga mereka tidak kurang hebatnya. Gambar di bawah ini adalah coklat solar system yang dihasilkan oleh chocolatier L’éclat of the Righa Royal Hotel Japan.



Source: http://www.spoon-tamago.com


Setiap coklat planet mempunyai perisa yang berlainan: Mercury (coconut mango), Venus (cream lemon), Earth (cacao), Mars (orange praline), Jupiter (vanilla), Saturn (rum raisin), Uranus (milk tea) and Neptune (capuccino). Berapa harga sebiji planet coklat? 400 yen =~RM 15. Kalau beli dalam bentuk set ialah 3,800 yen (RM 145)...mahalkan ..itulah seni coklat ..kalau nak murah buat sendiri, mungkin tak cantik tapi sedap dan halal!!



Tuesday, April 3, 2012

Apa nak buat?

Apa agaknya yang hendak dikongsikan melalui soalan "Apa nak buat?" bila tengok gambar di bawah?? Mungkin ada yang terfikir..comotnya buat coklat (leceh buat coklat..beli ajelah...Rugi tau!) atau kalau ada pembantu tolong cuci bekas-bekas buat coklat ni kan best (itu yang selalu diharapkan..tapi kalau tak ada apa nak dibuat?)






Pada yang telah biasa buat coklat memang sudah tentu tahu bahagian akhir iaitu mencuci dan membersih peralatan adalah bahagian yang paling tidak seronok dan kalau boleh subcon alangkah baik....saya pun macam anda juga, bahagian inilah yang saya tak suka tetapi kena buat, kerana apa yang kita buat dengan lebihan coklat boleh mempengaruhi kualiti coklat yang akan datang ataupun menyebabkan pembaziran (kita tidak tahu bahagian coklat yang mana telah Allah tentukan rezeki untuk kita!). Di samping itu juga membersih peralatan coklat eg bekas dan mould sudah tentu akan mempengaruhi "appearance" dan juga shelf-life coklat yang akan datang.

Apa yang boleh dibuat dengan coklat lebihan. Yang mudah sekali simpan balik dan digunakan untuk pembuatan coklat kemudian hari (recycle). Di sini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira apa pengunaan 'recycle' coklat ini.
  • Jika recycle coklat itu dalam keadaan baik: (1) kecairan yang baik (menandakan kandungan air atau lembapan adalah rendah) dan tidak mengandungi bahan asing (eg wafer, ganache etc)..ia boleh digunakan semula sebagai base coklat untuk praline (gunakan sebagai original couverture atau compound yang asal.
  • Jika recycle coklat ini keadaannya lebih likat dibanding dengan coklat yang "baru" ia lebih sesuai digunakan sebagai bahan untuk inti eg ganache atau and boleh buat coklat sapuan kerana recycle coklat ini telah mengandungi tahap air/lembapan lebih dari yang sepatutnya
  • Jika recycyle coklat mengandungi bahan asing, ia lebih sesuai digunakan sebagai coklat masakan yang boleh ditambah dalam kek, roti etc
Kalau lebihan coklat itu sedikit atau hanya baki-baki coklat di bekas, apa yang anda boleh buat ialah buat coklat mudah seperti contoh coklat cluster(guna aje apa-apa cereal atau kekacang yang ada dirumah!) atau chocolate drop...tentu ada seseorang yang dirumah would welcome it..kalau bukan orang lain at least kita boleh makan selepas penat membuat coklat!






Berkenaan membersih peralatan coklat secara amnya kita perlu guna air suam untuk menghilangkan lemak-lemak yang melekat pada bekas atau mould. Bolehkah sabun digunakan? Boleh tapi pastikan jangan guna sabun yang abbrasive. Juga jangan guna sabun yang banyak untuk mengelakkan residue sabun tertinggal di bahagian dalam mould. Peralatan coklat ini perlu dibasuh dan dikeringkan betul-betul sebelum digunakan semula untuk buat coklat. Part ni tak susah tapi cuma kena hati-hati saja.

Pada anda yang rajin melayari blog/web choocolate atau membaca buku tentang coklat mungkin ada terbaca tentang "advice"pasal mould coklat yang telah diguna tidak perlu dibasuh. Dalam industri coklat (kilang dan juga professional chocolatier), mould coklat memang selalunya tidak akan dibasuh setelah digunakan dan akan digunakan sehingga tamat hayat atau habis sesuatu production. 'Used' mould tersebut hanya akan dibersihkan dengan mengilap mengunakan eg cotton wool atau disimpan dengan baik untuk mengelakkan pencemaran eg debu, bakteria etc. Ini dilakukan untuk mengelakkan pencemaran residue air (elak defect) dan juga untuk memudahkan coklat yang seterusnya dibuat lebih berkilat dan mudah demould (effect residue lemak yang meliputi cavity mould).

Walaubagaimanapun untuk kita yang hanya membuat coklat sekali sekala proses tidak membasuh mould langsung tidak praktikal terutama dalam keadaan persekitaran kita yang lembap dan panas (suhu ~30°C..fungus dan bakteria cepat membiak berbanding dengan keadaan bilik industri coklat..rendah lembapan dan suhu ~20°C). Jadi, apakah practice yang saya buat tentang 'used' mould ni ?

Jika saya perlu buat coklat yang banyak mengunakkan corak yang sama..dalam jangka masa sehari (within a day), saya juga tidak akan membasuh mould..hanya akan reused the 'used' mould..cuma perlu pastikan 'used' mould tersebut telah kembali ke suhu bilik sebelum moulding dan tidak ada residue air (kesat mengunakan kitchen roll) pada bahagian dalam cavity. Isu residue air ini perlu diambil perhatian jika demoulding dilakukan pada suhu bilik(~30°C) kerana proses kondensasi (pepeluhan) akan berlaku. Jika pembuatan coklat itu masuk hari yang lain, saya akan basuh, keringkan dan baru diguna semula...sebab tulah lebih mudah pada anda yang memang sentiasa kena buat coklat yang banyak untuk mempunyai banyak mould (at least 5 mould per design)..taklah perlu tunggu lama-lama...tapi akhir sekali banyak pula mould yang kena dibasuh...siapa pula nak tolong? Untuk saya yang tak ada pembantu, saya gunakan mesin basuh pinggan....stack ajelah kat dalam mesin..oh lupa..cuma mould polycarbonate dan hard plastik saje yang boleh basuh guna mesin...soft plastik tu basuh tangan ajelah....






..apa-apa pun mesti sabar...buat dengan baik-baik, moga-moga diberkati Allah!

.

Tuesday, March 6, 2012

Homemade chocolate - Apa persepsi anda?

Salah satu soalan yang gemar ditanya oleh orang yang baru kita kenal adalah awak kerja dimana? Seperti biasalah kalau kita berkerja, kita akan jawab kita berkerja di........... Jadi jika soalan ini ditujukan pada saya, saya akan jawab saya buat homebiz mengajar orang membuat homemade coklat. Dari perbualan tersebutlah saya dapat tahu tangapan atau persepsi mereka terhadap homemade coklat...ada yang positive dan juga negative.




Harga RM 130+ untuk 15 pieces (Sebiji ~RM 8)


Masih ramai orang yang tidak tahu membuat coklat, walaupun sekarang ini industri homemade coklat sudah mula bertapak. Jadi bila dengar homemade coklat..mereka macam "surprise" ia boleh dibuat di rumah. As usual lepas tu mereka akan tanya sedap ke? Rasa macam Cadbury ke? (Saya jawab..senang aje buat coklat dan sudah tentu lagi sedap dari Cadbury..Godiva pun kalah..just kidding..ha..ha..!!!) Pada yang enterprenal, infomasi tersebut insyaAllah boleh menarik minat mereka untuk cuba berkecempung dalam bisnes ini (Lagi menarik minat mereka jika kita berkongsi infomasi tentang harga sebiji coklat yang buat sendiri berbanding dengan yang di pasaran!)...Pada pengemar coklat pula ini peluang baik untuk tahu bagaimana nak buat coklat supaya boleh dapat makan coklat yang sedap-sedap. Pada yang sangsi tentang kehalalan coklat di pasaran, ini peluang baik untuk membolehkan mereka buat sendiri di rumah.

Yang bertanggapan negative pasal homemade coklat pula terbahagi pada dua kumpulan: (1) yang pernah makan homemade coklat yang tak sedap atau tidak setanding dengan coklat yang biasa mereka makan (Coklat Cadbury etc) dan (2) yang hanya makan coklat yang ada jenama saja..since homemade coklat tak da jenama..mereka anggap tak "quality".

Bagi saya pula kelebihan boleh membuat coklat sendiri ialah kita boleh olah coklat tersebut mengikut citarasa sendiri..isi kacang, buah-buahan, sayur (yang ini memang tak ada di pasaran), herba etc. Kelebihan homemade coklat juga ialah the chocolate is fresh (you can definitely smell the chocolate aroma)..not like those commercial product and delicious (MUST use good quality ingredients..bukan cooking coklat ya!)! Selalunya the weak point of homemade coklat berbanding dengan coklat dipasaran ialah part packaging...di sinilah anda patut usaha sikit untuk nampak macam "commercial product" jika kita jadikan homemade coklat kita sebagai hadiah atau untuk dijual..



















Anyway..each person is entitled to his or her opinion/perception.....so what is yours????

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya

Monday, August 22, 2011

I Love Lucy - Candy Job

Seminggu aje lagi Ramadan..tentu dah "mood" raya. So pada yang a bit bored enjoy this funny clip from I Love Lucy




.

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadan

Jika bulan Ramadan datang, Rasulullah s.a.w biasanya menyambut dengan ucapan "Selamat datang hai orang yang menyucikan". "Para sahabat bertanya : Siapakah orang yang menyucikan itu wahai Rasulullah?". "Baginda s.a.w menjawab: Orang yang menyucikan itu ialah bulan Ramadan: ia menyucikan kita daripada segala dosa dan maksiat!"




Kepada semua muslimin dan muslimat, Kami ucapkan Selamat menjalani ibadat puasa. Maaf zahir dan batin

.

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu....Enjoy your day and let the whole family treat you!!!





Saturday, April 30, 2011

Royal Wedding Chocolate Biscuit Cakes


Ini adalah multi-tiered chocolate biscuit cake yang dihidangkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkhawinan diraja Prince William dan Kate Middleton semalam. Pada sesiapa yang ingin mencuba recipinya adalah seperti berikut...lepas ni ramailah boleh buat kek macam ni untuk majlis perkahwinan..






Chocolate Biscuit Cake (Source: www.ky3.com)

Serves 8 commoners.

From Eating Royally by Darren McGrady

1/2 teaspoon soft butter

8 ounces McVities rich tea biscuits

4 ounces soft butter

1/2 cup sugar

4 ounces dark chocolate

1 egg, beaten

8 ounces dark chocolate for icing

1 ounce white chocolate for decoration

1. Line the base of a springform pan with silicone paper, and butter the sides. Break the biscuits into almond-sized pieces and set aside.

2. Cream the sugar and butter in a bowl. Melt 4 ounces dark chocolate and mix with butter, add the beaten egg and mix well. Add biscuits and coat well.

3. Pour into the pan, making sure the bottom is well covered as this will be the top of the cake when it is unmoulded. Let set in a fridge for three hours. Let partially warm outside of the fridge while 8 ounces dark chocolate and white chocolate are melted. Flip cake and drizzle chocolate on top.

** resipi ni ala-ala biskut batik. Kebiasaannya di Malaysia kita mengunakan milo untuk buat biskut batik..jadi kalau nak rasa macam "royal" cake buatlah mengunakan couverture and BUKAN coklat masakan!

Selamat mencuba!!!

.

Monday, April 4, 2011

Chocolate Painting




Pada anda yang gemar seni lukis tentu kenal lukisan di atas - Vincent van Gogh's SUNFLOWER. Sebenarnya gambar diatas bukan original work Van Gogh, tapi adalah replica yang dibuat mengunakan chocolate. Chocolate painting ini di buat oleh Jean L. Zuan dari Pennsylvania, USA. Bermula sebagai pelukis biasa yang mengunakan oil paint on canvas, tapi berjaya mengabungkan minat melukis dan pengunaan coklat kerana beliau adalah generasi ketiga yang juga mengusahakan Candy store - Wertz Candies, di Lebanon, Pennsylvania.

Menurut beliau chocolate painting yang dihasilkan untuk pihak museum atau orang perseorangan adalah untuk tatapan dan bukan untuk dimakan (tapi selamat untuk dimakan)..menurut beliau: "How long will they last? If properly stored, in a non-fluctuating temperature of 68°F or less and not exposed to sunlight, heat, hungry dogs, or humans, it should last many years. I have one regular client that has had her "Mona Lisa " for 9 years (source: http://www.wertzcandy.com/chocolate/about.html)

Kalau nak tengok cara beliau menghasilkan lukisan coklat Mona Lisa bolehlah ke web beliau: http://www.wertzcandy.com/chocolate/makingmona.html


Ini pula adalah video oleh Lee Perrota dari Chocolate Lady tentang chocolate painting di mana menurut beliau boleh di hantar ke seluruh dunia!




Seperti kata beliau chocolate painting ni tak ramai yang buat, jadi pada anda yang memang ada bakat melukis bolehlah cuba chocolate painting pula, manalah tahu anda boleh jadi the 1st Malaysian chocolate artist yang terkenal satu hari nanti..

Thursday, March 17, 2011

Chocolate Shoes and Handbags

Sekarang ni untuk hantaran ramai yang memberi kek gubahan dalam bentuk kasut dan bag tangan. Tidak hairanlah jika satu hari nanti trend ini akan berubah kepada memberi kasut dan bag tangan dibuat dari coklat seperti yang telah dipasarkan oleh Frances Cooley of Choc Chic UK.




Choc Chic mengunakan Belgian chocolates -hitam, susu, putih dan berwarna orange untuk membuat kasut stiletto dan bag tangan seperti dibawah ini


flower
Flower.
Artists squiggle
Artists Squiggle.




Strawberries and cream dark chic
Strawberries and cream.

valentine
Valentines.

pink leopard
Pink leopard print.


Semoga info yang dikongsi boleh memberi inspirasi pada anda untuk membuat coklat lain dari yang lain...

Thursday, March 3, 2011

Jean-Philippe Darcis - Chocolate Ambassador

Semalam saya berpeluang menghadiri demo "Tantalizing Desserts by Jean Philippe Darcis" di Callebaut Chocolate Academy. Chef Jean-Phillippe Darcis ialah salah seorang Callebaut's Chocolate Ambassador dari Belgium. Dalam demo tersebut beliau telah membuat beberapa desserts.



Kiri: October 97 (kenapa nama tersebut..kerana itulah masa resipi tersebut diilhamkan). Desert October 97 tu mengandungi beberapa lapisan -luar sekali adalah coklat mousse (coklat yang diguna untuk buat mousse tersebut adalah Callebaut Origine Mexico), bahagian tengah adalah hazelnut meringue dan praline mousse, dan bahagian bawahnya ditutup dengan chocolate biscuit.

Tengah: Macaron exotique..untuk macaroon beliau suka buat ikut Italian method sebab lebih chewy. Inti macaron tu adalah passion fruit mousse di bahagian luar dan bahagian dalamnya adalah dark chocolate mousse




** Teringin nak belajar buat macaron boleh belajar dengan Nomie di http://www.keklapis.com


Kanan: Aphrodite..Gabungan brownies di bahagian dalam (manis dan 'heavy'), lapisan luar adalah vanilla mousse (light) dan atas adalah passion fruit/caramel cream (sedikit masam)




Yang ini pula adalah chocolate madeleine, dapat rasa tapi beliau tak sempat ajar. Yang belakang tu adalah chocolate raspberry tart. Raspberry ganache yang dibuat mengunakan single Origine Madagascar kerana coklat ini ada fruity flavour jadi sesuai digabungkan dengan raspberry. Yang atas tart tu pula adalah raspberry pate de fruit (sedap!..teringat roselle pate de fruit saya)

Akhir sekali beliau buat praline..untuk semalam beliau hanya tunjuk buat caramel fleur de sel (mold dome yang berkilat). Sementara dua coklat lain tu ganachenya telah dibuat semalamnya kerana perlu dibiarkan 24 jam sebelum dipotong menggunakan guitar cutter.



Coklat bebentuk square tu ada dua lapisan inti- raspberry pate de fruit (yg juga atas tart tadi) dan cinnamon ganache (mengunakan Callebaut Dark Choc 811) ..



Coklat yang rectangular tu adalah sesame seed praline. Dalam resipi ni sesame seed tu di"caramalize" sebelum dicampur dalam campuran hazelnut paste dan Callebaut Milk Choc 823.



Yang menarik pada coklat ini adalah cara beliau menghasilkan lengkungan atas coklat tersebut..dimana hanya mengunakan straw minuman sahaja (bolehlah kita cuba...). Ketiga-tiga praline ni memang sedap..insya allah bila saya dah cuba buat, bolehlah saya kongsi resipinya (rajin-rajinlah menjengah blog saya!)



Resipi-resipi yang dikongsi semalam merupakan desserts yang juga dijual di kedai/outlet beliau. Sekarang ni jika anda ingin merasa desserts yang direka beliau tidak perlulah ke Belgium tapi boleh ke Singapura..di mana? The Shoppe at Marina Bay Sands (http: //www.darcis.sg)


.

Monday, February 14, 2011

Never too late to try new career

Beth Tully of Cocoa Dolce memulakan career barunya menjadi seorang Chocolatier pada usia 50 tahun..jadi pada anda yang bercadang untuk bersara awal dan suka makan coklat atau minat tentang coklat bolehlah mula berjinak dalam industri pembuatan coklat tangan..mana tahu satu hari nanti coklat jenama anda pula akan terkenal di Malaysia dan di serata dunia!





.

Thursday, January 6, 2011

Need a career change?

This video is dedicated to those yang sedang dalam perancangan untuk tukar career..this one from IT Engineer to Chocolatier





p/s Saya pula lube scientist to homebased chocoprenuer

Thursday, December 9, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Minggu lepas kami sekeluarga pi cuti-cuti Malaysia ke Sabah..nice relaxing break. As usual kami tidak melepaskan peluang melawat beberapa tempat-tempat menarik di sana. Tidak ketinggalan sempat juga melawat Cocoa Boutique di Kota Kinabalu.



Ini replica map Sabah yang dibuat dari coklat yang telah mengalami bloom yang teruk..walau bagaimanapun ia masih menarik.


Ini pula replica gunung Kinabalu, juga dibuat dari coklat..


Cocoa Boutique ni menjual bermacam jenis coklat..seperti biasa kami dapat merasa selected coklat yang dijual.



Yang menarik adalah bahagian handmade coklat..kerana salah satu jenis mould yang mereka guna adalah mould kuih putu..ingatkan cuma "homemade chocopreneur" (istilah baru kami) saja yang guna, industri coklat juga mengunakannnya..ini display mereka



Ini pula handmade coklat yang dijual yang mengunakan mould kuih putu


dan beberapa jenis handmade coklat yang mengunakan mould-mould yang lebih canggih dan cantik..




Nak tahu berapa mereka jual perpiece of handmade coklat?.....



Did we buy their handmade chocolate? Definitely NOT..Apa yang kami beli cumalah the sugar free dark chocolate,


dan expresso panned chocolate...



.