Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Kelas Homemade Coklat

Dah lama saya tak buat any posting related to kelas coklat...bukan tak buat kelas lagi (kelas masih ON!) cuma kebiasaannya yang datang belajar adalah orang dewasa. Kelas cokat pada 11 Febuari lepas unik sedikit kerana kehadiran adik Aniq yang bercita-cita ingin menjadi Chef satu hari nanti (Makcik doakan semoga cita-cita Aniq tercapai!). Pada mulanya kelas ini di tempah oleh kak Raja Norazmi dan Hanum (ibu Aniq)...rupa-rupanya yang sangat berminat untuk attend the class is adik Aniq!

Bila kak Raja Norazmi call me menanyakan boleh tak budak 10 tahun ikut menyertai kelas ini saya kata ok aje, sebab kadang-kadang ada juga anak-anak ikut ibu-ibu datang buat coklat..tapi sekadar tengok n get bored. Unlike kanak-kanak lain anik Aniq ini cukup berbeza kerana dia alert n participate mula dari bab teori hingga akhir part pembungkusan coklat...cuma dah akhir-akhir tu nampak keletihan tapi bila makan coklat hasil buatan sendiri cukup terubat keletihannya!


Adik Aniq tengah enrobe coklat trio diperhatikan oleh ibunya Hanum dan kak Raja Norazmi..[ibunya memberi arahan..hati-hati nak, bertuah Hanum dah ada pembantu!]



Adik Aniq mencelup coklat..beliau tidak pun teruja tengok anak-anak saya main facebook game di bilik sebelah sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian membuat coklat!


So pada kakak-kakak or abang-abang yang ingin belajar buat coklat..marilah datang ke kelas kami...apa lagi jika adik Aniq boleh follow the class...insya allah you can too....

.

Monday, December 21, 2009

Kelas Penutup Tirai 2009

Kelas terakhir untuk tahun 2009 ni sebenarnya hujung bulan lepas (25 Nov) tapi kerana sibuk sikit baru sekarang sempat untuk buat posting. Kelas ni dihadiri oleh cikgu-cikgu dari Ipoh, Pn Ruzanah dan Pn Sabariah...lihatlah sungguh gembira mereka menemper milk choc couverture...he.he..coklat yang dibuat tu sudah tentu dah lama habis, mungkin tetamu yang berziarah masa Hariraya korban dapat merasanya..


Jadi pada sesiapa yang masih belum berkesempatan belajar membuat coklat pada tahun ini bolehlah datang belajar tahun depan...

Tuesday, February 24, 2009

Bahan-bahan untuk buat coklat

Ada yang bertanya, akak ajar buat coklat ni guna biji koko ke? Jawapan tidak.. saya cuma mengajar membuat coklat mengunakan "semi-finished" coklat yang dijual dalam bentuk blok atau butang. "Semi-finished" coklat ini sebenarnya dah boleh dimakan begitu saja macam coklat bar, tapi untuk lebih menarik atau lebih sedap perlu dicairkan dan dicetak menjadi coklat berbentuk yang comel-comel. Kalau belajar dengan chef pun mereka akan guna "semi-finished" coklat ini

Untuk membuat coklat candy, cuma dua jenis "semi-finished" coklat asas sahaja yang sesuai iaitu coklat couverture dan compound. Kedua-dua jenis ini terdapat sebagai coklat hitam, susu dan putih. Perbezaan antara couverture dan compound ialah lemak yang digunakan. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko sendiri yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayur (vegetable fat). Berbagai jenama coklat couverture dan compound boleh dibeli di Malaysia (di kedai-kedai menjual bahan-bahan kuih atau dari distributor). Jenama dari Belgium ialah Callebaut, Felchlin dari Switzerland, Kondima dari German, Sicao dan Aalst dari Singapura, Selbourne dari Malaysia , dan Colatta dan Tulip dari Indonesia. Setengah jenama tu memang ada tanda halal tapi yang dari Europa kenalah tanya distributor untuk menentukan ia ada sijil Halaal atau tidak.

Lemak yang berbeza digunakan dalam coklat couverture dan compound menyebabkan cara kita membuat coklat juga berbeza. Jika mengunakan couverture, coklat yang telah di cairkan pada ~40°C perlu di"temper" pada suhu ~27 °C sebelum dimasukkan ke dalam mold coklat. Jika tidak di "temper" dengan betul, coklat akan cair sebaik saja keluar dari peti sejuk. Sebaliknya jika coklat compound digunakan, coklat perlu dicarikan >40°C dan boleh terus dimasukkan ke dalam mold. Sebenarnya jika tidak berapa mahir tentang pembuatan coklat, adalah lebih mudah mengunakan coklat compound.

.....pada anda yang duduk di Bandar Baru Bangi, anda boleh membeli coklat couverture dan compound terus dari Lembaga Koko Malaysia di Section 13

Sunday, January 11, 2009

Kelas 7 & 10 Januari

Alhamdulilah kelas minggu ini berjalan lancar. Hari Rabu, Fidah dan Linda , sementara hari Sabtu Watie dan Doriah. Linda yang berpuasa pada hari tu masih bersemangat hingga ke akhir kelas walaupun sibuk membuat coklat selama lebih 5 jam..tapi mesti puas dengan hasil yang boleh dibawa balik..he..he.. Pidah pula ialah rakan serumah saya semasa bujang sentiasa ceria walaupun sudah penat membuat coklat....Berapa lama agaknya coklat yang dibuat itu akan habis???...yang sudah pasti ialah anak-anak yang dirumah sudah tentu gembila bila ibu-ibu balik dari kelas membawa banyak coklat...


Watie dan Doriah pula cool saja semasa membuat coklat, tapi saat yang paling mereka tunggu-tunggu ialah semasa membuat coklat bear. Sebenarnya sebelum mengambil kelas ini, Watie pernah membeli coklat bear yang kami buat untuk majlis harijadi anak kawannya...dan sekarang beliau dah bersedia untuk menerima tempahan pula...siapa-siapa kat office Watie yang nak coklat bear, bolehlah tempah dengan Watie..he..he....Doriah pula kalau pergi overseas ambil-ambillah gambar coklat-coklat yang interesting kat sana dan berkongsilah dengan kami..manalah tahu boleh timbulkan idea baru untuk mencipta resipi coklat baru etc...

Friday, January 2, 2009

2008 tahun percubaan, 2009 tahun bertindak

Alhamdulilah tahun baru ni kelas coklat bermula 1/1 dan dihadiri oleh jiran-jiran di Desa Sentosa - Izan dan Mashitah. Seperti biasa 6 jenis coklat dibuat dan coklat 'bear' yang menjadi tumpuan, maklumlah masing-masing ada anak...Mereka semua berjaya membuat coklat dengan baik, dan semua gembira dengan hasil yang diperolehi...

Mashitah, Izan dan adik Fina tengah sibuk membungkus coklat untuk dibawa pulang

Insya allah tahun 2009 saya berazam untuk memperbanyakkan kelas coklat supaya dapat memberi perluang untuk lebih ramai dapat belajar dan membuat sendiri coklat sendiri. Tahun ini juga saya akan cuba membuat lebih banyak "experiment" untuk menghasilkan variasi coklat dan teknik baru. Insya allah hasil penemuaan itu akan saya kongsi dengan student-student saya melalui yahoo group yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

Wednesday, December 31, 2008

Kelas penutup tirai 2008

Alhamdulilah kelas coklat tahun 2008 berakhir pada 24 Disember. Kelas penutup ini dihadiri oleh Marhamah seorang kerana partnernya tak dapat datang sebab ada hal keluarga. Bagaimana pun Marhamah berjaya membuat coklat dengan baik walaupun beliau letih (insyallah dalam masa 3 bulan lagi dapatlah gelaran ibu...), tahniah. Jika nak tahu pengalaman beliau mengambil kelas saya dan lihat coklat yang dibuatnya bolehlah keblog beliau: dhuhasakeenah.


Marhamah sedang membungkus coklat yang dibuat

Kepada semua - Ba'ie, Normah, Wiwit, Maryam, Shima, Azah, Kak Idah, Kak Faie, Kamisah, Hasnorsaliza, Norkiah, DJ, Wana dan Marhamah yang telah sudi mengambil kelas coklat, saya ucapkan terimakasih.....

Wednesday, November 19, 2008

Cikgu-cikgu membuat coklat

Alhamdulihah kelas coklat hari ini berjalan dengan lancar. Kali ini giliran cikgu-cikgu di tadika anak-anak saya yang datang belajar buat coklat. Maklumlah mereka biasa makan coklat yang anak-anak saya bawa jika ada jamuan di sekolah. Jadi sempena cuti sekolah ni sempatlah Cikgu D.J dan Cikgu Wana datang belajar buat coklat di rumah saya bagi menambahkan pengetahuan dan skil masing-masing, sekurang-kurangnya boleh membuat coklat untuk keluarga, mana tahu tak lama lagi boleh mula bisnes...


Cikgu Wana dan Cikgu D.J sedang membuat ganache

Tiap-tiap kelas cuma dua orang yang diajar supaya setiap orang betul-betul dapat mencuba sendiri membuat coklat dan insyallah bila balik rumah boleh terus buat coklat dengan baik. Kebiasaannya, jika membuat coklat peralatan yang mesti ada ialah jangkasuhu dan marble slap/table, begitu juga bilik mesti berhawa dingin. Tetapi rata-rata yang datang belajar tidak mempunyai peralatan tersebut atau bilik yang berhawa dingin. Tapi jangan risau kerana teknik yang saya ajar, anda tidak perlu peralatan atau bilik yang berhawa dingin tersebut. Tetapi yang penting bila balik rumah kena rajin praktis supaya skil yang dipelajari tidak dilupai...



Mereka tengah sibuk "temper" coklat couverture