Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Milo Chocolate Stick

Coklat yang akan dikongsikan kali ini diberi nama Milo Chocolate Stick oleh Ammar sebab ia dihiasi oleh cereal pop Milo.  Cereal Milo ni dulu memeang digemari oleh Ammar tapi sekarang ni dia dah tak minat sangat, jadi untuk menghabiskan stock yang ada terpaksalah diubah suaikan supaya tidak membazir.  Alhamdulilah dalam bentuk chocolate stick ni cepat aje habis.

Untuk membuat coklat stick tak susah, tak perlu mold cuma kena pipe saje.  Untuk membolehkan coklat itu dibentukkkan dengan mudah secara 'piping', kelikatan coklat mesti lebih tinggi dari biasa.  Jika tidak semasa di'pipe", bentuknya akan mudah hilang dan jadi meleper saja.  Di sinilah kita akan tambah bahan yang selalunya perlu dielakkan jika kita buat coklat mengunakan technique molding...Apakah bahan tersebut...bahan berasakan air.  Taklah boleh letak air banyak sangat, hanya sekadar menambahkan kelikatan coklat cair saja.  Kebanyakan Chef-chef mencadangkan menambah glucose or simple syrup.  Untuk resipi ini saya tak guna sugar syrup tapi saya gunakan pati buah delima yang kaya dengan anti-oxidant (kandungan gula semula jadi).  

Resipi:
200 gm milk chocolate couverture yang telah ditemper
2 tsp pati buah delima (kalau nak flavour lain eg orange boleh guna sunquick)*
Nota: * Kuantiti pati buah atau syrup yang digunaka bergantung pada peratusan air...lagi rendah lagi banyak boleh dibubuh.  Pastikan bubuh sedikit demi sedikit hingga sampai tahap kelikatan yang dikehendaki.




Masukkan campuran tadi kedalam piping bag, dan pipe ikut bentuk yang anda gemari...



Lepas tu bubuh cerel Milo..




Nampak tak nama Ammar ??




Selepas dikeraskan di peti sejuk, bolehlah packing dalam balang yang kedap udara sebab cereal Milo tu cepat lemau!...





SELAMAT MENCUBA!
.

Monday, August 27, 2012

Lemon Poppy Seed Praline

Diam tak diam dah seminggu lebih kita berhari raya..tapi masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari raya pada semua pengunjung blog...Pada yang mengemar chocolate, chocolate apa yang anda nikmati raya ini?  Ada yang special tak? Kalau ada bolehlah berkongsi resipi ya!  Raya tahun ini saya ada mencuba beberapa resipi baru, ini salah satu daripadanya : Lemon Poppy Seed Praline.  Dah lama saya ingin mencuba membuatnya sebab saya memang suka kombinasi perisa masam lemon dengan kerangupan poppy seed.. Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed choc)


Resipi ganache (~30 biji)
150 gm couverture putih yang telah di"temper" (atau compound putih yang telah dicairkan)
25 gm jus lemon
25 gm golden syrup atau madu

1/8 tsp parutan lemon (saya guna parutan lemon yang telah dikeringkan..kalau nak guna yang fresh pun boleh)
1 tsp poppy seed


Cara:
1) Campurkan kesemuanya dan gaul sehingga sebati...(pastikan suhu semua bahan berada pada suhu bilik ~30°C).
2) Isi sedikit coklat untuk meliputi bahagian bawah bekas yang akan digunakan untuk mengeraskan ganache (sebagai base untuk memudahkan proses memotong dan enrobe).  Keraskan di dalam peti sejuk sebentar.  Setelah keras barulah isi ganache.  Keraskan ganache di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum boleh dipotong mengikut bentuk cita rasa sendiri.



3) Enrobe mengunakan couverture hitam yang telah di"temper".  Chocolate boleh dihias mengubakan parutan lemon yang telah dikeringkan. Keraskan di dalam peti sejuk...setelah jadi bolehlah dinikmati bersama keluarga...




Selamat Mencuba!

Friday, April 20, 2012

Olive Rosemary Praline

Resipi kali ini adalah resipi praline yang saya buat khas untuk orang dewasa..itu yang saya bagitahu Ammar kerana saya pasti kanak-kanak lain pun tak suka...rasanya pahit, manis, lemak masin dan berherba. Resipi coklat kali ini mengunakan jeruk buah zaitun, honey roasted almond dan juga rosemary (herba yang biasa digunakan dalam masakan mediterranean). Gabungan buah zaitun dan rosemary memang tidak asing lagi dalam savory dish, jadi apa salah kalau kita gabungkan dalam coklat. Pada masyarakat Malaysia mungkin tidak biasa, tapi kalau artisan coklat kat luar negara ini tidak asing lagi..contoh Alphabet of Flavours oleh Chef Joel Durand. Kebanyakan flavours yang digunakan adalah buah-buahan, kekacang, herba dan manisan yang terdapat di sekitar Provence.




Jadi resipi kali ini adalah mengabungkan rasa (ilham) coklat alphabet "P - provence almonds praline and black olives from Les Baux Valley" dan R- black chocolate and Provence fresh rosemary". Alphabet of Flavours tersebut rasanya very intense memang boleh rasa rosemary dan jeruk buah zaitun (terlebih masin..suami saya tak suka, tapi bagi saya an interesting taste!). Untuk mengurangkan rasa masin jeruk buah zaitun dan juga kandungan air, apa yang saya lalukan sebelum membuah coklat adalah merendam jeruk buah zaitun yang telah ditos air garamnya ke dalam minyak zaitun untuk beberapa hari sebelum digunakan.

Jeruk zaitun hijau dan hitam yang direndam dalam air garam. Boleh di beli kat pasaraya




Rosemary di Provence


Rosemary yang saya tanam di rumah (anda boleh beli kat Cold storage atau nursery kat sungai Buloh).

Resipi

50 gm honey roasted almond
30 gm jeruk buah zaitun hitam (black pitted olive)
6 helai daun rosemary segar
180 gm dark choc couverture (saya guna Valrhona Alpaco)

Cara:

1) Kisar almond sehingga keluar minyak. Kemudian kisar sekejap jeruk zaitun dan rosemary
2) Tambahkan bahan tadi kepada dark coklat couverture yang sudah di"temper".
3) Paip seperti gambar dibawah (ala coklat hersey kisses) atau and boleh keraskan as a slab dan potong ikut bentuk yang anda suka.
4) Untuk tahan lebih lama, enrobe dengan coklat ..



...kerana hanya untuk makan sendiri, saya tak enrobe pun, tapi perlu disimpan dalam peti sejuk kerana mudah lembik!




Selamat mencuba!

Friday, January 27, 2012

Huile D'Olive Chocolat

Alhamdulilah hari ini berkesempatan untuk berkongi satu lagi resipi yang telah saya janjikan..Huile D'Olive Chocolate (Olive oil Chocolate atau chocolate minyak zaitun). Tidak perlu diberitahu lagi, insya allah semua tahu kebaikan minyak zaitun (yang juga disebut di dalam al-Quran). As such kenapa tidak kita gunakan minyak zaitun dalam membuat makan kegemaran seperti coklat!

Gambar di bawah ni adalah barisan pohon-pohon zaitun yang terdapat di halaman rumah mertua saya di Maussane Les Alpilles. Di kampung ni di mana-mana saja kita boleh jumpa pohon-pohon zaitun yang baru di tanam atau yang telah berusia 100+ tahun. Buah zaitun tidak boleh dimakan terus setelah dipetik kerana ia pahit..hanya boleh dimakan perahan minyaknya atau setelah dijeruk. Di Maussane, sesiapa yang mempunyai pohon zaitun boleh mendapatkan minyaknya dengan memproses buah zaitun tersebut di kilang berdekatan. Mertua saya menghantar buah zaitun mereka ke Mas Des Barres mill yang dekat dengan rumah meraka. Mas des Barres ini adalah "family owned mill" yang memproses 5 jenis buah zaitun - Salonenque, Aglandau, Grossane, Verdale and Picholine dari sekitar Les Baux Valley. Gabungan 5 jenis ini dapat menghasilkan "extra virgin" minyak zaitun yang berkualiti tinggi serta mempunyai rasa yang cukup unik - exquisite and delightful fragrance of artichoke, green grass, green apple or hazelnut (Saya cukup suka rasa kelat minyak in dan ke haruman baunya). Kami bernasib baik kerana setiap tahun kami dapat stock minyak ini..alhamdulilah!


Ini pula gambar Ammar bersama pohon zaitun yang saya tanam di rumah. Pohon zaitun ni tak memerlukan banyak air, jadi terpaksalah tanam kat pasu supaya tidak kena hujan yang banyak. Suka-suka aje tanam untuk mengingatkan anak-anak kebun zaitun di Maussane.



Jadi untuk resipi ini gunakan a good quality extra virgin olive oil yang juga mempunyai rasa yang anda gemar. Jika ia tidak ada bau atau rasa yang unik anda masih dapat khasiat minyak zaitun...


Resipi (untuk ~40 biji coklat using standard Choc praline mold)

60 gm whipping cream or creamer sejat
150 gm white chocolate (compound or couverture)
80 gm Extra virgin Mas der Barres olive oil
250 gm dark choc couverture untuk kelongsong choc (best 60% and above..untuk ini saya guna Valrhona Alpaco)

1) Panaskan cream secara double boil kemudian tambahkan white chocolate.
2) Setelah sebati tambahkan minya zaitun sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati
3) Sejukkan sekejap di dalam peti sejuk sebelum isi ke dalam kelosong coklat (shell) yang telah dibuat untuk mengelakkan minyak zaitun dari terpisah dari ganache tersebut.
4) Buat kelonsong coklat, isi ganache dan kemudian tutup.




Lepas tu boleh menikmatinya!



Selamat mencuba!

Thursday, October 27, 2011

Roselle with Oats Lollichoc

Salah satu tanaman yang banyak ditanam di rumah saya ialah pokok roselle kerana ia mudah tumbuh dan sangat banyak kegunaanya..buahnya boleh dibuat juice, jam, perwarna etc; sementara daunnya boleh dijadikan sayur. Sebagai perwarna makanan roselle boleh menimbulkan warna merah keunguan bergantung kepada takat acidity makanan tersebut.



Ini contoh Apple/Roselle cake yang mengunakan resipi Apple Cake yg dikongsi dahulu di mana kandungan applenya dikurangkan sedikit dan diganti dengan roselle. Warna merah roselle menyerikan kek ini disamping menambahkan rasa kemasamannya.



Pengunaan roselle dalam membuat coklat juga boleh dipelbagaikan, sebagai inti (eg roselle pate de fruit) atau dibubuh terus dalam coklat. Untuk dibubuh terus ke dalam coklat, roselle ini mesti dalam bentuk kering samada dalam bentuk halwa yg kering atau serbuk. Di sini saya sertakan resipi coklat yang mengunakan serbuk roselle yang saya buat mengunakan roselle yang telah dikeringkan dan kemudian dikisar.

Resipi: Roselle with Oats Lollichoc (boleh juga kalau nak buat regular praline)

100 gm white choc compound
10 gm oats
1 tsp serbuk roselle

Cara:
1) Campurkan oats dan serbuk roselle ke dalam white choc compound yang telah dicairkan. Isi dalam mould lollipop

2) Keraskan dalam peti sejuk ~20 min dan kemudian boleh makan!




Coklat ini sesuai untuk anak-anak kerana penambahan oats dan roselle dapat menambahkan serat dalam makan, dan dapat mengurangkan rasa manis coklat putih. Cebisan kasar roselle dapat memberi corak yang menarik. Jika roselle kering ini dapat dikisar sehingga halus macam matcha green tea, ia boleh jadi natural perwarna merah/ungu pada coklat..tapi saya masih belum berjaya dapat kisarnya sehalus itu kerana pengisar kat rumah saya tidak canggih..



Ammar sedang menikmati lollichoc roselle with oats..yummy..yummy!


.

Monday, September 19, 2011

Almond Dragees

Ada yang menanya saya samada boleh ke kita (homemade chocolate) buat panned chocolate (gambar di bawah) . Jawapannya, boleh jika kita ada panning machine (macam mesin putar simen) yang akan berputar sambil coklat dibubuh berterusan untuk menyaluti kekacang atau dried fruit. Pada anda yang ada kitchen aid bolehlah beli panning accessory seperti gambar di bawah.



Tapi pada yang tak ada panning machine macam saya boleh cuba buat coklat dragees macam yang diajar oleh Peter Greweling dalam buku Chocolates and Confections at Home (pg 226-227). Pada yang juga tidak ada buku ini boleh tengok blog Ched Eddy..Caramalized Almond.

Almond Dragees


Ini pula version almond dragees yang saya buat. Kerana malas nak buat caramalized almond saya hanya mengunakan honey roasted almond yang saya beli dari kedai.




Lepas to saya temper milk choc + dark choc couverture. Untuk menambahkan rasa lebih crunchy saya juga tambah paillete feuilletine. Kemudian masukkan segengam honey roasted almond ke dalam coklat.



Ambil satu per satu almond yang telah disalut coklat dan letak atas penutup plastik..kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 - 15 min.





Lepas tu nikmatinya...saya tak salut dengan koko sebab koko dah habis ...




.

Sunday, July 17, 2011

Matcha Toasted Coconut Chocolate

Apa itu Matcha?? Matcha ialah high quality green tea yang dikisar halus. Biasanya digunakan sebagai minuman dan juga perisa dan pewarna makanan Jepun seperti mochi and soba noodles, green tea ice cream dan berbagai manisan. Kali ini saya ingin berkongsi resipi coklat yang mengunakan matcha dan toasted coconut. Pengunaan matcha menimbulkan warna hijau yang sungguh menarik dan lebih bermenafaat berbanding pengunaan pewarna tiruan. Disamping itu juga rasanya dapat mengurangkan rasa kemanisan coklat putih.






Bahan:

200 gm white choc (couverture atau compound)
1/2 tsp matcha (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa anda)
10 gm toasted coconut

Cara:
1) Campurkan matcha dan toasted coconut kedalam white choc couverture yang telah ditemper (atau white choc compound yang telah dicairkan)

2. Isi dalam mould dan keraskan di dalam peti sejuk...Bila dah siap bolehlah nikmatinya!






Bolehlah cuba buat untuk raya nanti!!!

.

Saturday, June 4, 2011

French Savory Cakes

French Savory Cakes “Cake aux Olives”

Sekarang ini ialah cuti sekolah dan ditambah pula cuti di hujung minggu. Waktu begini ialah masa yang paling sesuai untuk para ibu aktif di dapur. Bukannya apa, perut anak-anak sentiasa saja lapar dan ada saja makanan yang diminta. Resipi kali ini kami perolehi daripada Bridonneau Carole, orang Perancis yang belajar bahasa Melayu di sini. Penyediaan kek ini sangat mudah iaitu kira-kira 25 minit sahaja (itupun kalau semua bahan sudah ada di rumah). Bahan-bahan tambahan seperti buah zaitun dan Frankfurter Ayamas boleh diganti dengan bahan lain mengikut selera anda. Kek ini sedap dimakan ketika panas atau sejuk mengikut citarasa masing-masing. Jika anda kreatif, hidangkan kek ini bersama dengan set hidangan salad.


Bahan-bahan

400gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3 biji telur
75 ml susu segar
75 ml minyak zaitun
1 sudu kecil garam
2 biji bawang putih (dicincang)
2 sudu besar serbuk keju Parmesan (Parmesan cheese)
6 biji buah zaitun (dihiris nipis)
1 batang Frankfurter Ayamas (dihiris nipis)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang atau daun saderi

Penyediaan
  1. Panaskan ketuhar/oven pada suhu 180C - 200C. Kemudian, sediakan acuan roti (Loaf & Bread Pan, 9-inch x 5-inch) dengan menyapukan sedikit minyak makan dan tepung supaya kek ini tidak melekat. Boleh juga dilapiskan dengan parchment paper.
  2. Seterusnya, ayak tepung, garam dan baking powder bersama-sama.
  3. Cincang bawang putih, hiriskan buah zaitun, daun bawang atau daun saderi dan parut sedikit lobak merah secara berasingan. Hiriskan juga Frankfurter Ayamas.
  4. Selepas itu, pecahkan telur di dalam mangkuk yang berasingan dan pukul sehingga kembang. Kemudian, masukkan susu segar, minyak zaitun dan pukul hingga sebati. Seterusnya, masukkan semua bahan dari Langkah (2) dan Langkah (3). Adunan ini dikacau dengan tangan agar bahan dari langkah (3) tidak hancur. Kemudian, masukkan serbuk keju Parmesan dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila selesai, adunan ini dimasukkan ke dalam acuan roti yang telah disediakan pada Langkah (1). Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45 minit.
  5. Jika suka, letakkan lagi kepingan keju di atas kek ini.


Adunan “Cake aux Olives” di dalam acuan roti sebelum dibakar


Kepingan Keju Cheddar diletakkan di atas “Cake aux Olives” 1 minit
sebelum dikeluarkan dari ketuhar


Cadangan Set Salad


Anda boleh menyediakan set salad yang mudah di rumah. Campuran daun salad, mangga, tomato, timun, epal hijau dan daun basil digaul bersama dengan Keju Feta (Feta Cheese).



Selamat mencuba! Bon Appétit.

.

Tuesday, May 10, 2011

Simple Strawberry Sauce

strawberries.jpg


Buah strwaberry adalah antara buah yang cukup digemari oleh anak-anak saya..biasanya kalau kami balik ke Maussane pada penghujung musim bunga sudah pasti dapat makan buah strawberry yang ranum dan manis. Buah strawberry ni antara buah yang mahal, jadi pada sesiapa yang ke Cameron Highland bolehlah ambil peluang membeli dengan banyak. Kalau kat Giant di Bangi, strawberry yang boleh tahan sedap adalah strawberry dari Korea..tapi mahal.

Selain dari makan buah strawberry begitu saja, ia juga sedap dimakan bila dah jadi jam, sauce etc. Kalau nak buat sauce atau jem, kuantiti buah mesti banyak jika tidak tak sedap. Jadi apakah cara untuk buat strawberry sauce jika tak ada buah strawberry yang banyak atau langsung tak ada...ini cara mudah yang saya buat..gunalah MEC3 strawberry dan gabungkan ia dengan buah apple. Buah apple digunakan sebagai base untuk sauce kerana rasa dan baunya tidak kuat..mana saya dapat idea ini..dari buku Fine Chocolate: Great Experience by Jean Pierre Wybauw.



Resipi

2 biji epal hijau (~160 gm)
80 gm air
70 gm MEC3 strawberry
220 gmm gula pasir (jika anda tak suka manis, kuantiti gula ini boleh dikurangkan)
1/2 biji lemon

Cara
1) Buah epal dibuang kulit dan dipotong dadu. Isi air dan masakan buat apple ini sebentar untuk melembutkannya (guna periuk yang bertutup supaya kandungan air tidak hilang semuanya)
2) Setelah apple sejuk, kisar sehingga jadi halus macam aple sauce untuk makanan bayi.
3) Tambahkan MEC3 strawberry, gula kedalam apple sauce tadi. Panaskan kembali dan biarakan ia mengelegak beberapa saat saja untuk mengelakkan kehilangan cecair (Tapi jika anda nak buat ia jadi jem bolehlah biarkan ia mengelegak lebih lama supaya menjadi lebih pekat).
4) Setelah ditutup api, barulah campurkan juice lemon. Sejukan sebelum disimpan.



...dan nikmatilah ia seperti di bawah ini


Fresh Strawberry fruit tartlets


Oat Waffles with Vanilla Ice cream


Resipi Oat Waffles

100 gm tepung
50 gm oat yang dikisar
250 susu
1 biji telur
50 gm minyak
20 gm gula
1/4 tsp baking powder
secubit garam

Cara:
1) Bubuh semua bahan-bahan didalam blender dan blend sehingga sebati.
2) Buat waffle mengunakan waffle maker


Resipi sauce ini boleh diperbagaikan dengan menganti MEC3 Strawberry dengan MEC3 fruit yang lain...Selamat mencuba!

Passion fruit sauce, Raspberry sauce and Strawberry sauce

.

Sunday, March 27, 2011

Art of Making Simple Cakes

Pada anda yang gemar makan kek sudah tentu pernah membeli kek-kek seperti dibawah ni. Mana tak teruja bila tengok potongan kek yang berlapis-lapis dan dihias cantik lagi pula nama yang diberi canggih-canggih (Noisette adalah hazelnut dalam bahasa Peranchis)..harganya pun boleh tahankan!...




Kalau nak buat kek yang canggih macam yang dibuat oleh professional chef mungkin leceh dan perlu kepakaran. Tapi kalau nak buat macam ala kek tersebut taklah susah sangat, cuma perlu be creative saja. Apa yang saya buat adalah..

1) Kek bahagian bawah ini saya hanya guna kek mentega yang saya beli kat pasaraya, murah dan senangkan (Pada yang selalu buat kek bolehlah gunakan lebihan kek yang dipotong). Kek yang dibeli dipotong setebal ~1 cm dan disusun dalam loyang empat segi kosong (tiada dasar). Untuk menutup dasarnya gunakan sekeping pinggan rata atau pengalas kek.



atau untuk lebih lebih mudah gunakan susun potongan kek setebal ~1 cm di dalam Decoflex Silicone mould berbentuk empat segi seperti gambar di bawah..




2) Lapisan tengah ini adalah campuran milk chocolate couverture yang hanya dicairkan, hazelnut paste dan paillete feuilletine. Jadi lapisan ini lembut, manis, crunchy dan berperisa hazelnut (barulah kek ni boleh dinamakan "Gateau de Noisette"). Kenapa guna couverture dan tidak compound..kerana nak lebih sedap..he..he..! sebabnya adalah kerana kek ini akan dimakan dalam keadaan sejuk (chill kek), jadi kalau untempered couverture kalau disimpan dalam peti sejuk keras, tapi bila keluar dan berada pada suhu bilik ia akan mencair (ini tidak berlaku pada compound)...sebab tulah kalau nak buat praline mengunakan couverture ini perlu di"temper".

Basic resipi praline feuilletine (given by Chef Jean Marc):
42.5% milk choc couverture yg hanya dicairkan
35% hazelnut paste
22.5% paillete feuilletine


Berapa tebal yang dibubuh ikut anda punya cita rasa..kami hanya buat ~1 cm juga




3) Lapisan atas ini anda boleh cuba berbagai resipi: ais krim, chocolate mousse dan cheese cake. Ini contoh ais krim (ais krim yang dibeli di pasaraya) yang telah lembut dan dipaipkan atas hazelnut layer. Kalau ais krim, kek ini perlu di letak di freezer semalama.





Ini pula contoh lapisan atas yang mengunakan basic resipi chill cheese cake seperti yang pernah kami kongsi dahulu: Mini Oreo Cheese cakes . Untuk resipi kali ini kami guna MEC3 passion fruit kerana nak jadikan cheese cake ini berperisa masam sedikit supaya dapat balancekan rasa manis lapisan kek mentega dan hazelnut layer tu. Kek ini perlu di biarkan dalam chiller semalaman.


250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
3 tsp MEC3 passion fruit




Versi lain untuk lapisan atas adalah chocolate mousse . Masa saya attend training kat Callebaut Chocolate Academy, Chef Jean Marc ada ajar buat Croustillant Chocolat yang mana lapisan bawah kek ini adalah cocoa biscuit, lapisan tengah praline feuilletine (resipinya di atas) dan lapisan atas chocolate mousse. Gambar kat bawah ni chocolate mousse yang sedang dilapiskan atas praline feulletine.. kek yang dibuat hari tu sikit punya besar cukup untuk jamu staff kilang Callebaut!


Resipi chocolate mousse (given by Chef Jean Marc)
30% Callebaut Single origine Venezuela (72% cocoa content)
8% milk
12% praline paste
50% Heavy cream (36% fat)

- Panaskan susu dan kemudian letak coklat dan dibiarkan cair. Tambah praline paste
- Whip krim sampai soft peak saja. Kemudian camparan pada coklat cair tadi.




Saya bila buat mousse lebih suka ikut resipi Jacques Torres sebab lagi mudah (ref: A year in Chocolate by Jacques Torres, pg 82). Kek yang atasnya mousse juga perlu dibiarkan dalam chiller semalaman sebelum dinikmati.

Di bawah ini contoh kek-kek mudah kami:

Ice cream cake with crunchy layer
(hiasan atas hanyalah buah strawberry)



Passion fruit Cheese cake with crunchy layer
(hiasan atas hanyalah sebuk koko, sedikit vanilla ganache dan dark choc Sicao)



Chocolate Mousse with crunchy layer
(hiasan atas hanyalah sebuk koko)



Selamat mencuba...Bon Appetit!

.