Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Keputusan Pertandingan Mendeko Coklat Oreo

Pertandingan ini kurang mendapat sambutan..mungkin kerana ramai yang sibuk menyiapkan tempahan kuih dan coklat raya..tapi takpa ada seorang yang sudi menyertainya..iaitu Norry dari Anjung Norry. Secara automatik beliau adalah pemenangnya dan insya allah mould belgium yang saya janjikan akan dihantar kepada beliau minggu ini supaya dapat digunakan untuk raya nanti...Tahniah!

Tema beliau ialah alam sekitar dimana beliau mengunakan kombinasi coklat dan fondant untuk menhias oreo tersebut. Penjelasan lebih lanjut bolehlah ke blog beliau: Anjung Norry.



Disamping itu juga saya sertakan beberapa idea cara untuk mendeko oreo yang saya jumpa di internet. Kedua-dua gambar di bawah saya jumpa dalam blog How Does She?..disini oreo tersebut dibuat lollipop (bagaimana dia buat.. ada video di blog beliau)



Yang ini pula "Critters chocolate-covered oreos" saya jumpa dalam web jualan Unique wedding favors...comelkan..





Monday, August 2, 2010

Pertandingan mendeko oreo choc

Sekarang ni semakin ramai yang gemar membuat oreo choc ... bermacam-macam design dan dekorasinya. Jadi hari ini saya akan launch pertanding mendeko choc oreo untuk menarik lebih ramai pengemar chocolate membuat chocolate yang kreatif disamping dapat berkongsi hasil kerja tangan mereka dengan komuniti homemade coklat.

Apakah syarat penyertaan?
  • Terbuka kepada semua pengemar coklat (kecuali ahli keluarga terdekat Mas Des Fontaine)
  • Mesti mendeko menggunakan plain coklat oreo (apa-apa coklat boleh digunakan)
  • TIDAK boleh mendeko/menghias mengunakan edible image/transfer sheet/structure sheet ... yang BOLEH hanya free design deko mengunakan coklat, kekacang, hiasan gula, etc... contoh seperti di bawah ini yang dibuat oleh adik saya.


  • Gambar (dalam bentuk .jpg) serta link blog perlu dihantar kepada homechoc@gmail.com bermula dari hari ini -2/8/2010 sehingga 23/8/2010. Gambar-gambar penyertaan akan diupload pada blog saya pada 24/8/2010 untuk tujuan penilaian (50% pengunjung blog, 50% keluarga Mas Des Fontaine). Peserta juga diminta untuk upload gambar serta memberi penerangan tentang hasil seni mereka pada tarikh yang sama (24/8/2010) untuk mengelakkan idea kreatif mereka diciplak (di sini juga peserta berpeluang untuk mempromosikan blog mereka)Keputusan akan saya war-warkan pada 1/9/10. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih. Hadiah yang menunggu anda ialah mold di bawah ini:

Ref.: CW2146
Weight: 3 gr
Model dimensions: Ø29x6 mm
Cavities: 4 x 7 pc
Mould dimensions: 275x175x24 mm


Penyerta anda adalah dialu-alukan dan saya harap anda tolong war-warkan pada kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.



Selamat mendeko!