Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Tempahan khas. Show all posts
Showing posts with label Tempahan khas. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Coklat Hantaran

Coklat bukan sahaja boleh menjadi penyeri hantaran perkahwinan mahupun
pertunangan tetapi boleh juga menjadi penyeri muka hadapan majalah

Trend masa kini, ramai menggunakan coklat buatan tangan sebagai salah satu penyeri hantaran perkahwinan mahupun pertunangan. Coklat yang disusun dalam pelbagai kombinasi jenis coklat, bentuk yang menarik dan perisa yang berlainan dapat membangkitkan aroma dan membuka selera untuk menjamahnya. Alangkah bertuahnya tuan punya badan yang menerima coklat hantaran tersebut!

Kepada sesiapa yang akan melangsungkan pertunangan mahupun perkahwinan, anda boleh menempah coklat hantaran dengan kami atau yang lebih baik anda boleh menyerlahkan kreativiti anda dengan membuatnya sendiri! .... Datanglah belajar dengan kami! ....

Monday, January 19, 2009

Coklat untuk hantaran

Inilah contoh coklat yang ditempah oleh jiran-jiran saya untuk dijadikan hantaran...10 jenis coklat mengunakan kombinasi coklat putih, susu dan hitam dengan inti kekacang - badam, pistachio dan hazelnut atau ganache berperisa kopi, strawberi dan oren...semoga orang yang mendapat hantaran ini berpuas hati dengan coklat kami....

Wednesday, November 26, 2008

Hantaran Pertunangan Mai

Cik Mai dari UKM adalah salah seorang pengemar coklat kami. Sempena hari pertunangannya pada 21 December ini, beliau telah meminta kami membuat coklat padat khas untuk majlis tersebut. Coklat-coklat ini dibuat dengan mengabungkan 3 jenis coklat (hitam, coklat susu dan putih) dengan 4 jenis kekacang (badam, gajus, hazelnut dan pistachio).

Tahniah Mai dan pasangan, semoga sentiasa diberkati Allah ..... Amin.