Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Kuiz. Show all posts
Showing posts with label Kuiz. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

Jawapan untuk Kuiz #1

Terima kasih pada semua yang telah sudi mencuba meneka bahan yang telah saya gunakan untuk mewarnakan coklat putih couverture tersebut..jawapannya ialah:

1) Warna kuning: Serbuk Kunyit
2) Warna coklat muda: Serbuk Kayu Manis

Gembira saya kerana ramai dah pandai meneliti keadaan rupa coklat (appearance) dan memahami konsep kesesuaian bahan yang boleh dicampurkan pada coklat. Untuk mewarnakan coklat menag disarankan untuk mengunakan pewarna berasas minyak (oil based colour) kerana ia akan bercampur dengan sempurna dalam coklat (oil in oil). Pewarna berasas air tidak boleh digunakan kerana ia akan menyebabkan coklat mengeras..tapi kalau hanya sedikit digunakan seperti untuk buat marbling effect tidak apa. Selain dari pewarna berasas minyak, warna dalam bentuk serbuk juga boleh digunakan untuk mewarnakan coklat..tinggal jika ia tidak di campurkan dengan sempurna boleh menyebabkan kesan bintik-bintik (yang dapat dikesan oleh Fazya...good job).

Di sini serbuk kunyit dan serbuk kayu manis itu disamakan dengan pewarna bentuk serbuk. Di samping memberi impak warna, serbuk kunyit dan kayu manis adalah produk asli dan selamat digunakan walaupun terlebih guna, sebaliknya pewarna tiruan tidak elok digunakan secara berlebihan. Mungkin anda bertanya, adakah coklat itu berasa kunyit dan kayu manis? Jawapannya tidak..ini maklum balas orang yang telah makan coklat itu..walau bagaimana pun coklat yang mengunakan kayu manis itu ada berbau kayu manis sedikit..

Sebenarnya banyak bahan yang kita boleh gunakan untuk mewarnakan coklat..serbuk koko, sudah tentu boleh digunakan..saffron pula boleh menberi impak kuning kemerahan dan banyak lagi...kena cubalah ...yang mesti bahan yang digunakan mesti kering dan dalam bentuk serbuk halus supaya bila dicampurkan dalam coklat boleh bercampur dengan baik.

Syarat untuk memenangi hadiah misteri ialah dapat memberi jawapan yang tepat untuk kedua-dua bahan yang digunakan.....tapi tiada siapa yang berjaya...sorrylah hadiah misteri kali ini tidak dimenangi...Insya allah kuiz #2 akan di adakan tak lama lagi...boleh cuba lagi

Sunday, May 31, 2009

Teka dan Menang......


Kedua-dua coklat ini dibuat daripada coklat putih couverture yang diwarnakan dengan sesuatu bahan yang memberi impak warna kuning dan coklat muda...

CUBA TEKA apakah bahan yang telah saya gunakan untuk memberi warna kuning dan coklat muda itu...(hint..ia bukan esen pewarna)

Jawapan hendaklah diberi pada ruang COMMENT posting ini (jawapan yang diberi di shoutbox atau email tidak akan dikira). HADIAH MISTERI akan diberi kepada peserta pertama yang berjaya menjawab dengan tepat kedua-dua bahan yang digunakan....Kuiz ini dibuka hingga hari RABU (3 June).

KUIZ ini dibuka untuk semua kecuali ahli keluarga terdekat Mas Des Fontaine....