Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Chocolate with Chips

..Pada sesiapa yang ingin mencuba sesuatu coklat yang baru boleh cuba buat chocolate dengan potato chips macam yang dipasarkan oleh Chuao Chocolatier....lepas tu beleh buat resipi lain ganti patato chips dengan kerepek pisang, keladi, keropok ikan etc...lepas tu jual atau kasi hadiah masa raya...chocolate keropok!



Selamat mencuba!

Monday, June 10, 2013

Say it with Chocolate

Father's day is coming soon ...pada yang ingin mengucapkan pada ayah mungkin boleh cuba ini...



Pada yangt pandai buat chocolate mungkin boleh buat yang lagi special untuk ayah....

.

Thursday, December 13, 2012

Muzium Coklat di KL


Source: The Star...Thursday December 13, 2012

Chocolate museum in town



Well-stocked: A chocolate shop offering a wide range of freshly-made chocolates.Well-stocked: A chocolate shop offering a wide range of freshly-made chocolates.
CALLING all chocolate lovers! Now you do not have to wait like the children from Charlie and The Chocolate Factory to win a tour to the chocolate dreamland.
With the opening of a chocolate museum and shop named Museum in Kota Damansara, chocolate lovers can now find out all they want to know about chocolate.
The Museum was built by DR Group Holdings Sdn Bhd, the producer of homegrown brands such as Fidani, Danson and Milton and importer of renowned chocolate brands such as Ferrero, Hershey’s and many more.
Visitors can read on the history of chocolates and the discovery of cocoa and its use.
There are also interactive displays on chocolate and its benefits and visitors can try their hand at chocolate-making.
That’s not all. The 3,000sq ft museum also has a shop selling a variety of quality chocolates from DR Group Holdings and other international brands.
Fidani Chocolatier assistant general manager Khairuddin Abdul Jalil said the museum aimed to educate and create awareness among the public on everything about chocolates.
“The museum has a three-fold proposition called the 3Es for the visitors — namely the interactive displays, experiencing chocolate-making and enjoying a chocolate shopping spree,” he said.
How it was before: An original machine used in chocolate-making and unique sculptures made from chocolates are also on display.How it was before: An original machine used in chocolate-making and unique sculptures made from chocolates are also on display.
“Visitors can learn how a chocolate-making machine works while admiring the many adorable chocolate sculptures.
“In addition, there are live demonstrations of handmade chocolates by our in-house chocolatiers.
“There is a shop offering a wide array of freshly-made international brands and our own brands at the best price in town.
“Visitors can also make their own chocolates,” Khairuddin added.
He added that DR Group had planned to include food and beverage outlets and chocolate-making classes for children in the near future.
“We built this museum as part of our corporate social responsibility programme,” he said.
The museum is located at MSB2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Those interested in visiting the museum in big groups are encouraged to make prior enquiries via chocolatemuseum@drgroup.com.my

Monday, September 10, 2012

Penutupan HomeChoc Chocolate Class...

ANNOUNCEMENT:

Just nak inform kami TIDAK lagi mengadakan KELAS COKLAT; sebabnya adalah kerana ingin memberi perhatian tentang projek lain yang tidak ada kaitan langsung dengan coklat ...apa projek itu?...rajin-rajinlah singgah ke blog, insyaAllah nanti saya akan kongsikan bersama pengunjung ...

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua bekas pelajar homechoc yang sudi datang dari jauh dan dekat untuk belajar dengan kami. Minta maaf  (also halaalkan) jika ada kekurangan semasa kita berurusan.  Kami ucapkan pada sesiapa yang berbusiness coklat  teruskan usaha anda, semoga dipermudahkan oleh Allah.  Juga jangan lupa kongsikanlah ilmu yang telah diperolehi untuk kebaikan keluarga dan komuniti sekeliling....


Terima kasih

p/s Adakah blog HOMECHOC akan ditutup?  Insya Allah tidak.. selagi ada peminat coklat yang berkunjung, we will keep up posting..(he..he..rajin-rajinlah drop by the blog!).



Last kelas- Angelyn (http://heartmeltz.blogspot.com) dan Nurul (ditemani adiknya Madihah)

.

Monday, January 30, 2012

Laman Rasmi Chef Amer

Pada semua peminat coklat ingin saya war-warkan yang Chef Amer yang lebih dikenali sebagai "Chef Coklat" telah melancarkan laman rasmi beliau awal tahun ini : http://www.chefamer.com yang memaparkan semua jadual kelas yang beliau tawarkan dan info yang berkenaan..kungjunglah untuk maklumat lanjut..(jgn call saya pula bila nak attend kelas beliau, sbb ada yang buat begitu!)

Di samping itu juga beliau ada juga menyediakan blog dimana beliau berkongsi maklumat tentang coklat..jadi sama-samalah kita manafatkan perlunag untuk bertanya beliau..:http://blog.chefamer.com/wp/





...harap-harap banyaklah lagi tips n resipi yang Chef akan berkongsi dengan komuniti homemade coklat..

.

Wednesday, September 28, 2011

FHM 2011

Hari jumaat lepas saya sempat berkunjung ke FHM 2011 untuk meninjau jika ada service/product baru untuk industri homemade chocolate. Penampilan syarikat yang menjual bahan asas coklat kurang sedikit tahun ini,,saya hanya jumpa coklat yang biasa jumpa kat pasaran seperti Selbourne, Le-Bourne, Colatta, Beryl's, Aalst dan Tulip.



Choc Sculpture mengunakan Tulip coklat



Praline mengunakan Tulip coklat



Desserts mengunakan coklat dari Barry Callebaut


Juga tidak ketinggalan peralatan industi membuat coklat ada mempamirkan alat seperti tempering machine, filling machine etc..Jadi sesiapa yang homebiz yang ingin melangkah setapak lagi kearah industi sederhana dan memerlukan peralatan canggih bolehlah hubungi Chocolate Effect







Akhir sekali adakah ada berita baru? Sudah tentu...Beryl's sudah mengeluarkan coklat compound "Sugar-Free" sesuai untuk orang yang mengalami sakit kencing manis ataupun yang ingin diet. Saya sempat merasa ketiga-tiga jenis "sugar-free' compound coklat tersebut...Sedap! Buat masa ini coklat tidak tidak dijual lagi di kedai-kedai, tapi mengikut Beryl's Sales Director T.C. Kuan...release to public is coming soon!


Bergambar bersama Chef from Beryl's

.

Tuesday, July 12, 2011

The most expensive chocolate !

Nak tahu apa dia coklat yang termahal yang ada di pasaran dunia ??? Ini dia...La Madeline au Truffle. Coklat ini berharga ~RM 750 sebiji (~50 gm). Coklat ini di reka oleh Chocolatier Fritz Knipschildt dimana beliau mengunakan 70% Valrhona dark chocolate, heavy cream, gula, truffle oil asli and vanilla untuk membuat "rich decadent" ganache yang menyaluti French Perigord truffle (a rare mushroom). Bahagian luar truffle ini disalut juga mengunakan coklat Valrhona dan serbuk koko.



Setiap La Madeline au Truffle ini mesti dipesan in advance (shelf life hanyalah 7 hari saja) dan setiap biji coklat disertakan dengan kad khas menerangkan cara pembuatannya dan juga nombor serialnya. Adakah ia worth your money?..saya rasa ia adalah pembaziran..tapi itu semua terpulang pada pembeli.


Walau bagaimanapun kita boleh juga belajar dari beliau bagaimana nak buat coklat ...enjoy the video!


Sunday, March 20, 2011

Design Baru

Ini contoh sebahagian dari plastik mould dan transfer sheet yang baru....nak tengok yang lain sila ke Onlineshop kami



Code: ChocBOX-C (Lengkap 1 set, Saiz L) - In- stock
Harga: RM 25.00



TS- Sky Blue (Biru) - In stock
Harga : RM 5


Thursday, July 22, 2010

Directory Kelas Coklat Seluruh M'sia

Alhamdulilah sekarang ini makin ramai yang berminat untuk belajar membuat coklat samada untuk makan sendiri atau tujuan berniaga....jadi pada sesiapa yang belum berkesempatan untuk belajar rebutlah peluang yang ada..sekarang anda boleh pilih kelas berdasarkan lokasi dan masa..hanya klik Directory Kelas coklat di sebelah atas posting...

Di sini saya ingin menjemput sesiapa yang membuat Kelas Coklat untuk join directory kelas coklat ini...apa optionnya:

1) Exchange banner (anda hanya perlu paparkan banner onlineshop saya di blog/web anda) - service ini FREE.

2) Jika tidak mahu exchange banner anda hanya perlu bayar RM 30 setahun untuk letak banner anda di directory ini

Apa perlu dibuat - email ke homechoc@gmail.com untuk keterangan lanjut dan jangan lupa include banner anda (saiz 125x125 pixel) dlm bentuk fail jpg, png, gif

Thursday, June 17, 2010

Mencari buku tentang coklat?

Pada anda yang gemar membeli buku macam saya, ini ada berita baik kerana sekarang ni anda boleh membeli buku-buku yang jarang boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia (ataupun kalau ada, harganya agak mahal) dengan mudah sekali. Di mana?? Anda boleh beli secara online di Book Depository. Apa beza Book Depository ini berbanding dengan Amazon atau onlineshop lain adalah dari segi kos penghantaran buku. Saya pernah membeli buku dari Amazon US, dimana harga buku memang murah (eg UDS 5.0) tetapi kos penghantaran 3x ganda (USD 15.00)..cukup tidak berbaloi. Book Depository pula tiada mengenakan kos penghantaran (Free Worldwide Delivery including Malaysia) jika buku yang dibeli dihantar kepada pembeli dari lebih 90 negara dimana Malaysia termasuk di dalam senarai tersebut. Di samping tiada kos penghantaran, tempoh penghantaran buku juga adalah munasabah (~2 hingga 3 minggu, kerana mode penghantaran melalui pos biasa)

Bulan lepas saya telah membeli dua buku berkaitan coklat yang ditulis oleh Pierre Herme (French pastry Chef) dan Jacques Torres (Chocolatier)..insya allah bila ada kesempatan saya akan tulis review buku-buku coklat yang saya ada..Buku Pierre Herme ini pernah dijual di MPH dengan harga RM 177, saya beli dari Book Depository pada harga RM 132 (masa saya beli buku ini USD 40.2 (5% discount), exchange rate 3.25). Jadi kalau nak beli kena perhatikan discount yang diberi (kerap bertukar dalam masa sebulan) dan juga exchange rate. Book Depository menawarkan pembelian dalam 5 bentuk matawang (USD, GBP, EUR, AUD, CAD)..buat masa ini jika anda beli dalam Euro adalah lebih rendah berbanding dengan USD kerana kejatuhan harga Euro.



Buku Jacques Torres ni tidak ada dijual di Malaysia..so kalau nak beli boleh beli kat Book Depository, sekarang ni ada offer 44% discount.


Seperti yang diberitahu tadi mode penghantaran adalah melalui pos biasa, jadi buku ini akan di hantar oleh posmen ke alamat yang diberi. Buku yang dihantar hanya akan dipak seperti gambar dibawah, jadi kalau buku itu besar..besar kemungkinan tidak muat dimasukkan ke dalam peti surat. Masa saya dapat buku-buku saya hari tu posmen hanya meletakkan atas tembok pagar sahaja, alhamdulilah saya sempat ambil buku saya sebelum hujan..kalau tidak habislah bukuku...jadi gunalah alamat dimana buku yang dibeli tidak akan di letakkan pada tempat yang mungkin kena hujan...penting tu!



Dua tiga hari lagi insya allah saya akan dapat buku ini pula...got this one for RM 191 (got it for Euro 47.04 & exchange rate 4.06), kalau beli kat Kinokuniya will cost me RM 398..what a saving!!




Ada banyak buku untuk dibeli (2.5 million titles)...do your comparison, kalau berbaloi..bolehlah beli (make sure simpan resit, boleh dapat tax exemption)....

Selamat membeli dan membaca...do bookmark this link: Book Depository

Thursday, May 20, 2010

Kenapa homemade coklat manis???

Ini adalah soalan yang saya terima dari Sue JB dan beberapa yang lain: Biasanya coklat homemade ni manis...macmana nak kurang kan kemanisan coklat nie.

Biasanya coklat homemade ni manis...I guess Sue mesti membandingkan coklat homemade dengan coklat komersial dipasaran. Adakah perbandingan ini menyentuh pada kemanisan base coklat atau jenis praline yang dimakan?

Jika perbandingan ini mengenai base coklat, anda perlu tahu bahawa takat kemanisan sesuatu base coklat adalah bergantung kepada formulasinya, secara am coklat putih adalah lebih manis berbanding dengan coklat susu dan coklat hitam. Lagi tinggi peratusan koko mass lagilah kurang kandungan gulanya sebab tulah saya lebih gemar makan coklat hitam ~70% cocoa content. Kemanisan coklat juga berkaitan dengan jenama kerana setiap pengilang ada formulasi tertentu. Macamana nak kurangkan manis?
  1. Pilih jenis coklat yang mengandungi peratusan koko mass yang tinggi
  2. Pilih jenama coklat yang kurang manis
  3. Jika anda gemar coklat susu, blhlah digabungkan sedikit coklat hitam kepada coklat susu untuk mengurangkan kemanisan coklat susu yang diguna...berapa ratio...terpulang pada anda..apa yg perlu diingat mesti dari kategori yang sama..couverture dgn couverture, compound dgn compound.
Jika perbandingan ini mengenai praline, sekali lagi faktor kemanisan bergantung pada resipi yang diguna. Jika inti sesuatu praline eg ganache terlalu manis anda boleh ubah dengan mengurangkan kandungan pemanis atau tukar jenis pemanis tersebut...sebagai contoh glucose gel adalah lebih manis dari corn syrup, jadi gunalah corn syrup. Kombinasi base coklat dan inti juga perlu diseimbangkan seperti coklat acuan domino dibawah ini dibuat dengan mengabungkan coklat hitam (70% cocoa content) dengan inti vanilla ganache (manis kerana dibuat mengunakan coklat putih).



Akhir sekali faktor keadaan (keras atau lembik) coklat semasa anda memakannya juga boleh mempengaruhi rasa kemanisannya. Jika coklat yang anda makan itu sudah lembik kerana telah disimpan pada suhu bilik ~30C, maka anda akan rasa ia lebih manis berbanding dengan coklat yang sama tetapi ia masih keras kerana baru sahaja keluar dari peti sejuk atau berada pada suhu ~25C. Perbezaan tahap kemanisan ini adalah kerana bila coklat tersebut telah lembik, gula dalam coklat lebih mudah dibebaskan kerana lemak yang meliputi gula tersebut telah hampir cair. Sebaliknya jika lemak tersebut dalam keadaan pepejal (kerana coklat itu sejuk/keras), gula tidak mudah dibebaskan, jadi ia lambat larut dalam air liur..sebab tulah kita rasa ia kurang manis..Kalau tak percaya..cuba buat experiment ini di rumah...

Harap jawapan dan suggestion yang diberi dapat membantu....

Thursday, May 13, 2010

Carnation for sale by D'Champ's Oven

Sesiapa yang ingin membeli gum paste carnation macam gambar dibawah ini bolehlah contact k.Ainee..cuma RM 2.50 sekuntum

Wednesday, April 21, 2010

Perluang berniaga untuk homebizness coklat

Pihak penganjur Malaysian Chocolate Fair mengalu-alukan kepada sesiapa homebizness coklat yang ingin membuka booth pada Fair yang akan tersebut...sila contact

Katherine Kavanagh (Project Director)
Email : katherine@chocolatefair.com.my
Mobile : +6012 287 6953

___________________________________-

Message beliau:

We would like to open some options to the small chocolate entrepreneurs who might be keen to participate in our forthcoming Malaysia 2nd Chocolate Fair 2010 in the city of Johor Bahru. Our participation cost per 9sqm booth is Rm2,800/- and can be share by up to 3 person/businesses. This is to encourage small entrepreneurs venturing into promoting and marketing their home-made products. They can sell all sort of chocolate products from cakes to chocolates, cookies, cupcakes, etc.

As part of the promotion package, we are happy to let any participants use our stage to conduct demonstration without any additional charges. We will provide the sound system and the stage for free. Any other support services, we will also try to accommodate as much as possible.

I have attached some information in regards to our forthcoming event.

ABOUT THE EVENT

Malaysia 2nd Chocolate Fair will be held at EXPO @ DANGA CITY MALL in the city of JOHOR BARU from the 4th – 6th JUNE 2010. . . . .

After the success of Malaysia 1st Chocolate Fair held recently at the Mid Valley Exhibition Centre in January 2010 and due to the overwhelming response, of which 48,779 ardent chocolate lovers visited the fair over 3 days, we have chosen the city of Johor Bahru as the next venue for Malaysia 2nd Chocolate Fair.

The 2nd Malaysia Chocolate Fair-JOHOR BAHRU will draw more exhibitors, attract more visitors and have more exhilarating activities. As event organiser, Expomedia Events will expect more interest generated from the medias, press and bloggers to this prestigious 3-day event.

Why Participate :

1. A sales-driven event targeting Singaporeans and Malaysians during the school holidays

2. Anticipated crowds in excess of 50,000 visitors

3. Great opportunities to brand and/or promote your products

4. Generate valuable trade leads

Friday, October 9, 2009

Fuza Marshmallow

Kepada pengemar marshmallow, kini anda boleh memperolehi pelbagai jenis marsmallow halal dari Mamafuza (dia nie jiran satu taman dgn saya). Marsmallow boleh dimakan begitu saja atau dicelup coklat ....yumm...yumm...yumm ... memang enak .....

Berikut disertakan maklumat penempahan

Tempahan minimum 200gm. Belanja pos secara Skynet Courier RM9 bagi 1 kg yang pertama dan kurang, tambahan RM3 bagi setiap tambahan 1kg.

Anda juga boleh dapatkan terus di alamat: No. 1 Jalan Sentosa 17, Desa Sentosa, Teras Jernang 43650 Bangi, Selangor.

Hubungi mamafuza di talian 0133995807/0197783672 atau layari blog: fuzamarshmallow


Thursday, August 27, 2009

Beryl's Gourmet

Cuma nak berkongsi informasi berkenaan pembekal coklat couverture dan compound yang baru...iaitu


Boleh register as member untuk dapat update tentang produk mereka (jangan lupa put me as referral ya (Rahimah)..manalah tahu nanti boleh dapat discount bila saya beli online dari mereka..he..he..). Jadi kalau nak beli coklat mereka pergilah ke Beryl's Wonderland kat Seri Kembangan...insya allah next year boleh beli kat factory/showroom mereka kat B.B.Bangi..dengar kata kat Bangi pun akan ada museum coklat (sahlah B.B.Bangi akan jadi bandar coklat..)...di bawah ni gambar factory Beryl's kat Seksyen 9, Bangi.

Wednesday, August 19, 2009

Jangan Tertipu!

Saya pernah diberitahu oleh beberapa orang yang datang belajar membuat coklat bahawa mereka pernah tengok coklat couverture dijual di setengah kedai yang menjual bahan-bahan kuih dengan harga yang begitu murah...jawapan saya itu tidak mungkin kerana harga bahan mentah untuk membuat couverture iaitu mentega koko adalah mahal (RM 30-40 perkg).....apa nasihat saya pada mereka ialah untuk lihat betul-betul apakah bahan-bahan(ingredient) pada bungkusan coklat tersebut...jika tertera mentega koko (cocoa butter) sahlah couverture tapi kalau yang ditulis lemak sayur(vegetable fat)..sahlah ia coklat masakan.

Alhamdulilah beberapa hari lepas Mamazieza dari Momzie Chocolate Blog telah sempat berkongsi dengan group Homechoc gambar coklat masakan yang dilabelkan sebagai "coklat couverture". Perhatikan betul-betul ramuan pada bungkusan itu tertulis LEMAK SAYUR.....Jadi berhati-hati bila membeli barang, jangan sampai tertipu!


Saturday, August 15, 2009

FHM 2009 - Couverture dan Compound

FHM 2009 telah berlalu dan kami berasa beruntung dapat berjumpa dengan beberapa pembekal bahan-bahan coklat disitu disamping dapat merasa berjenis-jenis couverture import yang terdiri dari coklat campuran (blended chocolate) dan "single origine chocolate eg Madagascar, Sao Thome dan Maracaibo" dan coklat tempatan seperti dari pengilang di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Callebaut dari Belgium (distributor Aeroshield)

Felchlin dari Switzerland (distributor PastryPro)

Colatta dari Indonesia (distributor BGS Trading)

Berita baik ialah ada satu pembekal baru yang akan mula memperkenalkan coklat couverture dan compound iaitu Beryl's Gourmet dimana coklat ini dihasilkan di kilang mereka yang baru di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi...dengar kata produk tersebut akan mula dijual di Beryl's Wonderland di Seri Kembangan minggu depan...

Beryl's Gourmet dari Malaysia (dibuat oleh Beryl's Chocolate & Confectionery)



Thursday, August 6, 2009

Gianduja Tahini

Apa itu gianduja? Mengikut defininasi dari wikipedia gianduja ialah sejenis chocolate manis yang mengandungi 30% pes hazelnut, dicipta oleh Caffarel dan Prochet pada tahun 1852. Perkataan Gianduja (cara sebutan jeeon-doo-ya ) mengambil sempena nama Gianduja, sebuah pesta dan salah satu karacter puppet di salah sebuah daerah di Itali bernama Piedmontese yang terkenal dengan penyediaan manisan mengunakan hazelnut. Gianduja juga terkenal sebagai "European style" coklat.

Walaubagaimanapun dalam industi coklat sekarang istilah gianduja tidak terbatas pada hazelnut saja tetapi meliputi segala jenis pes kekacang seperti badam, kacang tanah, pistachio etc...tetapi syarikat-syarikat coklat yang besar hanya mengunakan badam dan hazelnut sahaja..jadi kalau hendak gianduja yang selain dari hazelnut dan badam kena buat sendirilah...Caranya tidak susah.

Mengikut buku
Chocolates Confections (buku ini boleh dibeli dari LaSentosa Chocolate House) cara membuat gianduja ialah dengan mencampurkan coklat, gula icing (confectionary sugar) dan kekacang yang telah dipanggang dan dikisar hingga betul-betul halus (saiz yang sama dengan coklat)sehingga keluar minyak. Ratio bahan adalah mengikut citarasa anda, tapi kebiasaannya ialah 1:1:1 untuk coklat hitam dan untuk coklat putih dan coklat susu peratusan coklat ditinggikan sedikit. Jika ingin gianduja yang lembut perlu lebihkan pes kekacang dan dikurangkan peratusannya jika hendak gianduja yang lebih keras, walaubagaimana pun gianduja memang lebih lembut dari coklat biasa.

Semalam saya telah cuba membuat gianduja mengunakan tahini..gambar dibawah ialah gianduja tahini yang dibuat mengunakan coklat susu. Mula-mula saya buat gianduja itu dengan mencampurkan pes tahini (pes sesame) dan coklat susu couverture yang sudah ditemper. Saya tidak menambahkan gula kerana pes tahini yang saya beli telah mengandungi gula. Gaul hingga sebati, dan kemudian diisini pada bekas empat segi (slabbing technique), dan disejukkan dalam peti sejuk hingga keras. Setelah keras, baru gianduja tahini itu dipotong dan disalut (enrobe) mengunakan coklat hitam seperti gambar dibawah. Jadi pada anda yang ingin membuat coklat tapi tak ada mold...bolehlah cuba teknik ini....Selamat mencuba!



Friday, July 10, 2009

Kelas with Master Chef Jean-Francois Arnaud

...kelas ni bukan di Perancis tapi di Kuala Lumpur...jadi sesiapa yang nak mendalamkan ilmu tentang pembuatan coklat praline dan hiasan mengunakan coklat bolehlah ikuti kursus di bawah


THE ART OF CHOCOLATE WORK,
20 - 21 July 2009 - 2 days
-
Praline and chocolate desserts -

In this course you will learn the latest cutting-edge methods that can be applied to traditional recipes to design, bake and decorate chocolate desserts of exceptional quality and taste

Chocolate praline and bonbon:
Chocolate moulding technique with different fillings - Dipping /casting technique. The recipes include ginger ganache, mint ganache, crispy caramel, chili chocolate truffle, praline lemon, earl grey tea bonbon

Chocolate cakes:
3 chocolate mousse cake, Juanita chocolate banana and royal chocolate

Plated desserts :
Chocolate parfait, chocolate feuilleté and soufflé chocolate


Berapa kos kursus ni kena contact:

Contact us for more details, enrolment form :

Tel: +60 (0)3 2026 9188 - Fax: +60 (0)3 2026 4188 - Email: professional@htcinasia.com

http://pastry.htcinasia.com


Ini Master chef Jean-Francois Arnaud:

Wednesday, July 8, 2009

Callebaut TV

Jika anda ingin meningkatkan skill tentang pembuatan coklat, perlulah lebih banyak berlatih membuat coklat disamping pergi belajar dengan orang yang lebih mahir atau membaca buku-buku yang berkaitan. Alhamdulilah dengan adanya teknologi internet yang canggih masakini kita boleh belajar secara online. Callebaut ada menyediakan segmen dimana kita boleh belajar teknik-teknik membuat coklat dan tip-tip bagaimana untuk mengelakkan coklat kurang cantik bila dicetak atau disimpan dari the Master himself - Jean Pierre Wybauw. Sekarang bolehlah anda belajar bila-bila masa dan percuma...(jangan belajar ya waktu berkerja, nanti kena marah boss anda)