Friday, January 21, 2011

Berapa banyak coklat saya boleh dapat???

Soalan yang sering saya terima ialah berapa banyak coklat saya boleh dapat jika saya guna 1 kg compound (atau couverture)? Soalan ini penting kerana ia mempengaruhi kos harga bahan mentah (based chocolate) yang perlu dibeli dan sekaligus mempengaruhi harga coklat yang anda akan jual.

Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor:
  • Spesifikasi saiz cavity mould yang digunakan, eg. mould CW2075 (dari Chocolate World) berat coklat yang akan terhasil adalah anggaran~5 gm jika coklat yang dibuat adalah coklat padat (solid). Secara visual, cavity coklat ini tidak dalam dan lebar. Jika anda membeli sesuatu mould dan anda tidak tahu berat coklat yang boleh dihasilkan, apa yang anda perlu lakukan hanyalah buat sebiji coklat padat dan kemudian timbang! Secara am mould plastik (code PM) yang kat onlineshop saya specifikasi saiz cavity boleh menghasilkan coklat anggaran~10 -15 gm.
Ref.: CW2075
Weight: 5 gr








  • Jenis coklat yang dihasilkan - padat atau berinti. Seperti yang diterangkan tadi spesifikasi saiz cavity berdasarkan coklat padat (hanya coklat sahaja), jadi jika buat coklat mengandungi inti atau bahan tambah lain eg bertih beras, kekacang, berat coklat akan berubah sedikit kerana sesetengah bahan seperti bertih beras adalah ringgan tetapi tidak padat, jadi coklat yang akan terhasil adalah lebih ringan walaupun saiznya sama dengan coklat padat
  • Cermat menjaga bahan (wastage factor) - Faktor ini bergantung pada seseorang dan persekitaran. Dalam pembuatan coklat jika kita cermat, faktor pembaziran bahan mentah boleh dikurangkan. Selalunya wastage factor dalam industri coklat lebih tinggi berbanding dengan homebased industri. Kadang-kadang pembaziran tu disebabkan ada penolong kecil yang ambil kesempatan..he..he..


Balik kepada persoalan berapa coklat yang boleh terhasil dari 1 kg compound/couverture...no direct answer tapi boleh dianggarkan

Contoh:
Jenis coklat: Coklat berinti badam
Mould yang digunakan ..anggaran cavity saiz ~14 gm mengunakan mould bentuk di bawah
Wastage factor: minimal


Kiraan: 1000gm couverture/14 gm = 71 biji (anggaran you boleh dapat ~70-75 biji sebab badam akan mengantikan sedikit coklat yang diperlukan per cavity)

Harap maklumat yang dikongsi dapat menolong anda ....


0 comments: