Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Friday, November 26, 2010

Coklat Batu Permata

Dalam suasana semua berniaga handmade chocolate, ada satu company..Promise Me Chocolate , di New York berjaya mencipta kelainan dimana semua coklat yang dihasilkan tidak merupai coklat praline biasa sebaliknya dibuat merupai batu-batu permata seperti gambar dibawah ini..Coklat batu permata itu samada solid chocolate atau truffles. Coklat batu pertama itu dijual begitu saja atau dibuat loket dan cincin...Cukup kreatif!




Gambar coklat batu permata dari : http://www.promisemechocolate.com


Friday, November 19, 2010

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Minggu lepas tengok video Jamie Oliver buat Banana and Poppy seed cakes... nampak sedap saja. Alhamdulilah masa tu saya pula ada banyak pisang yang dah ranum di belakang rumah..apa lagi cubalah resipi baru..resipi yang saya cuba adalah Banana Poppy seed muffin yang saya olah ala-ala resipi Jamie Oliver..saya tak buat cake sebab saya lebih suka muffin.





Bahan-bahan

170 gm gula perang
170 gm minyak masak (saya campur sedikit minyak Caratino sebagai warna )
340 tepung serbaguna
250 gm pisang yang telah dilenyek
150 gm plain yogurt
4 biji telur
1 tbp poppy seed
2 tsp baking powder
1/2 tsp bikabonate soda
1/2 tsp MEC3 french vanilla
secubit garam


Caranya

1) Gabungkan kesemua bahan-bahan kering - tepung, gula perang, baking powder, bikabonate soda, poppy seed dan garam
2) Masukkan telur ke dalam bahan-bahan kering, dan kemudian tambahkan yogurt. Bila dah sebati, bubuh pisang dan vanilla.
3) Akhir sekali tambahkan minyak kedalam adunan tersebut, kacau hingga sebati dan bubuh ke dalam acuan muffin
4) Acuan muffin yang saya guna adalah saiz 8, jadi hanya memerlukan masa 20 min saja untuk masak pada suhu 170°C




Selamat mencuba..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Wednesday, November 10, 2010

Oreo Choc with Funny Faces

Posting kali ni saje nak share gambar oreo coklat with funny faces. Mould funny faces dari chocolate world ni saya beli masa chocolate day di Mid-Valley hari tu...





Monday, November 8, 2010

Fruity Burst Chocolate

Anda suka coklat putih? Anak saya yang pertama, Anas cukup gemar coklat putih, saya pula tak gemar sebab ia manis. Jadi bila saya buat praline mengunakan coklat putih, saya akan mengabungkannya dengan inti yang ada unsur masam untuk balancekan rasa manisnya. Kali ini saya ingin berkongsi resipi yang paling mudah...fruity burst chocolate..coklat masam manis..


Bahan-bahan
Coklat compound putih (Saya guna Sicao versa white)
MEC3 Fruit paste (Strawberry, Raspberry, Mango atau Passion Fruit)*
(Option: Jika tak ada MEC3 paste gunakan paste buah-buahan lain yang masam eg nenas..mana nak dapat..kena buat sendirilah)

Cara
1) Cairkan coklat compound putih secara double boil. Isi coklat separuh di dalam cavity mould. Ketuk, untuk keluarkan "trapped bubble".
2) Isi sedikit (1 drop) MEC3 paste pilihan anda. Pastikan paste itu dibubuh betul-betul di bahagian tengah cavity kerana jika terkena dinding cavity, paste ini akan mencairkan coklat dan meleleh keluar setelah coklat siap.
3) Isi coklat hingga penuh cavity mould..Keraskan coklat di dalam chiller hingga lekang dari mould. Kemudian demould dan nikmatilah Fruity Burst Chocolate seperti dibawah ini.


Strawberry Burst Choc dan Passion Fruit Burst Choc


Tuesday, November 2, 2010

Menjelang Cuti Akhir Tahun

Menjelang cuti sekolah yang akan datang nie, apa plan ibu-ibu sekalian? Saya dan keluarga akan cuti-cuti Malaysia ke Sabah... jalan-jalan makan angin. Kepada ibu-ibu yang belum ada idea nak buat apa untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka, ibu-ibu bolehlah cuba mengajak mereka membuat coklat di rumah. Ibu-ibu boleh menggunakan tiga jenis kit yang saya cadangkan ini iaitu:











Kit-kit ini bukan hanya untuk ibu-ibu sahaja tetapi boleh juga digunakan oleh emak-emak saudara mahupun ayah-ayah saudara untuk menghadiahkan kepada anak-anak saudara kesayangan mereka (he he he ....).

Untuk pengetahuan semua, harga kit ialah: (1) LolliCHOC Kit for Kids (RM33.00), (2) BarCHOC Kit for Kids (RM43.00) dan (3) OreoCHOC Kit for Kids (RM 43.00), pada yang perlu diposkan, harga poslaju untuk setiap kit ialah RM7.00. HomeChoc OnlineShop akan ditutup dari 28 Nov - 8 Disember 2010.