Friday, February 12, 2010

Vanilla Truffle

Coklat yang berbentuk bulat dipanggil truffle kerana ia mirip rupa kulat truffle (truffle fungus), dan kebiasaannya ia dibuat mengunakan inti ganache yang dibulat-bulatkan (handroll) dan dibalut dengan serbuk koko, kelapa dan etc seperti gambar dibawah. Selain dari ganache inti truffle juga boleh dibuat dengan bermacam-macam bahan seperti paste kekacang, mashmallow, kek etc asal boleh dibulat-bulatkan dan dicelup..


Terdapat juga dipasaran dimana coklat truffle yang dijual cukup cantik bulatnya kerana ia dibuat mengunakan "shell" seperti gambar dibawah. Apa yang perlu dibuat hanya isi inti, tutup shell tersebut dengan coklat dan akhir sekali salut dengan coklat. "Ready made" shell ini di Malaysia boleh dibeli dari Beryl's dan Aeroshield (tapi kena beli dalam kuantiti yang banyak, min 500 biji)..

gambar diambil dari: http://www.davidlebovitz.com...


Jadi pada yang ingin buat coklat truffle dalam kuantiti yang sedikit terutama untuk makan sendiri adalah tidaklah praktikal untuk membeli "ready made" shell...disini saya tunjuk cara untuk anda buat truffle yang cantik dengan membuat shellnya sendiri....

Langkah-langkahnya:
1) Untuk membuat truffle shell anda perlukan mould..kat mana nak beli..cari di kedai atau boleh beli di onlineshop saya..

2) Untuk resipi ini, shellnya dibuat mengunakan dark choc (70% cocoa content..sebab buat untuk makan sendiri saya guna coklat Belgium). Untuk membuat shell, isi couverture yang sudah di temper kedalam mould (separuh sahaja)..ketuk untuk keluarkan "trapped bubble", kemudian terbalikkan mould untuk meratakan coklat ke seluruh permukaan mould yang berlubang itu dan mengeluarkan lebihan coklat supaya shell yang dihasilkan akan mempunyai ketebalan yang sekata dan nipis. Keraskan shell di dalam peti sejuk ~10-15 min.

3) Isi inti kedalam shell yang telah keras..ini resipi vanilla truffle saya

Resipi
150 gm coklat putih (couverture atau compound)
60 gm krim
1/2 tsp MEC3 french vanilla
Cara: Panaskan krim dan vanilla secara double boil, kemudian tambahkan coklat putih..kacau hingga sebati

4) Tutup lubang truffle dengan coklat couverture yang sudah ditemper...Kemudian keraskan truffle di dalam perti sejuk sehingga lekang dari mould.

5) Keluarkan truffle dari mould.

6) Salut truffle mengunakan coklat couverture yang sudah ditemper..disini kami mengunakan coklat susu....inilah hasilnya





Selamat mencuba....lepas ni nak cuba buat raspberry truffle pula..

12 comments:

hi...nak tanye, nape gune couverture, if gune compaund choc je boleh x...soryy kite budak baru belajar hehehe

Yes you can use either compound atau couverture utk buat vanilla ganache tu

salam kak.
nak tanya krim yang akak mksudkan tu krim apa ye? adakah whipping krim? non or dairy?

kak mcmne nk beli mould truffle tu ye....inform pls...

kak.. nak beli mould bukat tuk truffle.. price die berape? ade postage? I kat Subang

Salam..kak nk tnya mcmn saya nk dpt mec3 french vanilla..coz kt Jb mmng xde vanilla jenis tu

Salam,

MEC3 products boleh dibeli di

Artisan Supplies Sdn Bhd.
No.36, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

...kalau kat JB tak sure

Saya nak beli mold truffle. Ada jual x? if ada saya pls inform ya. zuliana.zulkifly@yahoo.com.tq

hi sy nak beli mould truffle....boleh tak inform sy juga ....tq....suryanasim@gmail.com

Mould truffle buatan China yang saya guna ni mungkin blh dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kuih. Mould truffle yang berquality dari Belgium boleh dibeli dari chocolate-effect sdn kat Seremban

Assalam..nk beli mould truffle mcmana..
Email sy pls...firefly.amin@gmail.com..

Assalam..nk beli mould truffle mcmana..
Email sy pls...firefly.amin@gmail.com..