Tuesday, August 4, 2009

Mushroom Soup Mas Des Fontaine

Salam bersiaran kembali .... rasanya dah lama tak contribute resipi masakan dalam blog nie .... almaklumlah busy memanjang dengan aktiviti yang tetiba muncul .... sup ini biasa-biasa saja tapi nak dijadikan cerita ramai pula pelajar coklat yang berminat untuk mencubanya .... boleh buat masa bulan puasa nanti...

Bahan-bahan

40 gm cendawan shitake kering (rendam dahulu, cincang)
30 gm ikan bilis (dikisar untuk menggantikan stok ikan bilis)
9 sudu besar tepung gandum
650 ml susu cair atau susu segar
1550 ml air
3 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak untuk menumis
garam
daun saderi

Cara Memasak

Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan tepung. Kacau hingga tepung bertukar kepada warna keperang-perangan.








Kemudian, masukkan air dan susu cair atau susu segar ke dalam periuk tadi dan kacau perlahan-lahan sehingga tepung melarut sepenuhnya. * Kecilkan api dahulu semasa mencampurkan air ke dalam periuk untuk mengelakkan percikkan haba yang tinggi dari tepung yang dipanaskan tadi.





Selepas itu, masukkan ikan bilis yang sudah dikisar dan cendawan shitake yang telah dicincang ke dalam periuk. Renehkan seketika. Selepas itu, baru masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.






Akhir sekali, masukkan daun saderi yang telah dihiris halus ke dalam sup cendawan ini. Kacau seketika dan matikan apinya. Sup ini sedap dimakan dengan roti yang dibakar. Anda boleh cuba buat roti yang telah diajar dan makan dengan sup ini .... SEDAP!!! SELAMAT MENCUBA!

1 comments:

thks doc...tak perasan dah kuar....bole jadi dinner menu soon...