Baru-baru ni Cadbury Malaysia telah memperkenalkan coklat hitam dengan jenama Bournville dan saya juga telah mengambil kesempatan untuk merasa coklat ini. Bournville ialah nama sebuah kampung di bahagian selatan Birmingham, England, yang juga terkenal kerana kaitannya dengan keluarga Cadbury. Coklat Bournville ini mengandungi 45% cocoa, bermaksud 45% bahannya adalah dari biji koko dalam bentuk koko mass dan mentega koko.
Kebiasaannya coklat hitam yang sebenar tidak mengandungi susu, tetapi coklat Bournville ini mengandungi lemak susu, jadi bila dimakan coklat ini terasa macam coklat susu biasa...pada pendapat saya sesiapa yang biasa makan atau gemar "the real"coklat hitam (saya dan keluarga memang gemar coklat hitam), coklat ini kurang menepati citarasa...tapi pada sesiapa yang baru ingin membiasakan diri untuk makan coklat hitam, coklat ini mungkin sesuai untuk anda...terasa pahit sedikit tetapi masih mirip coklat susu.
Pada sesiapa yang inigin membuat coklat seakan coklat Bournville ini bolehlah mencampurkan sedikit coklat putih kepada coklat hitam untuk menghilangkan sedikit kepahitan coklat hitam dan memberi rasa lemak seperti coklat susu.
Pada anda yang memang gemar coklat hitam bolehlah cuba membuat coklat mengunakan Sicao Classic Dark (57% cocoa) dan Callebaut 811 Dark Chocolate (53% cocoa) yang memang sedap....
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment