Friday, July 31, 2009

Coklat berinti ganache kurma

Diam tak diam Ramadan dah nak datang...sempena bulan yang mulia ini banyak-banyakkanlah beribadat dan bersedekah, moga-moga akan dirahmati Allah. Seperti biasa dalam bulan Ramadan, berjenis-jenis kurma akan dijual di pasaran eg kurma Bam dari Iran, Deglet Noor dari Tunisia, Adjwa dari Saudi dan bermacam lagi. Khasiat kurma tidak perlu diperkatakan lagi kerana ia juga adalah salah satu makanan sunnah.

Selain dari makan kurma begitu saja, kita juga boleh mempelbagaikannya seperti menyalut kurma dengan coklat...ini yang biasa dibuat dan dijual. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru tahun ini, anda boleh juga membuat coklat berinti ganache kurma seperti gambar dibawah.



Resipi ganache kurma Mas Des Fontaine Homemade Chocolate:

60 gm krim
40 gm kurma yang telah dibuang biji dan dikisar kering sehingga menjadi pes
120 gm coklat putih (couverture atau compound)

Cara:
1. Panaskan krim dan pes kurma secara double boil atau atas air panas. Setelah campuran itu sebati baru campurkan coklat putih yang telah dicincang. Kacau hingga sebati
2. Sejukkan ganache sebelum diisi kedalam kelonsong coklat (chocolate shell). Kelongsong coklat boleh dibuat mengunakan coklat susu atau coklat hitam...tapi untuk lebih berkhasiat gunakanlah coklat hitam.

Tip:
Resipi ini juga boleh boleh dipelbagai dengan mengantikan pes kurma dengan pes kismis, pes aprikot etc

Selamat mencuba!!


2 comments:

krim tu guna krim apa yer????

mintak izin jawabkan yerk..pakai whipping cream...