Tuesday, July 13, 2010

Strawberry truffle

Handroll truffle adalah salah satu jenis coklat yang paling mudah dibuat di rumah kerana ia tidak perlu mengunakan sebarang mould. Truffle ini juga boleh diperbagaikan dengan mengunakan kombinasi coklat dan perisa (buah-buahan seperti raspberry, mango etc; herba seperti habatus sawda, lavender etc). Kebiasaannya saya buat handroll truffles mengunakan coklat hitam, kerana bila buat ganache mengunakan coklat hitam ia lebih cepat 'firm' jadi mudah untuk diroll bulat-bulat. Jika coklat susu (milk) dan coklat putih digunakan, masa untuk mengeraskan ganache adalah lebih lama, dan truffle yang dibuat adalah lebih lembut. Ini salah satu resipi handroll truffle mengunakan milk coklat.



Bahan-bahan (utk ~25 biji):
70 gm krim
20 gm MEC3 strawberry paste
175 gm belgian milk chocolate couverture
Sebuk koko untuk menyalut ganache

Cara:
1) Panaskan krim secara double boil. Setelah panas angkat dari air panas (remove from the heat source)

2) Kemudian curahkan krim yang panas tadi ke dalam bekas yang berisi milk coklat couverture yang masih sejuk (baru keluar dari peti sejuk). Biarkan coklat terrendam sebentar, kemudian gaul hingga sebati. Pastikan suhu ganache telah jatuh bawah 34°C bila semua coklat telah cair, baru tambah MEC3 strawberry. Proses ini adalah untuk memastikan ganache yang terhasil adalah stabil dan tidak terlalu mudah cair setelah ia dikeraskan nanti.

3) Letakkan ganache yang dibuat itu ke dalam bekas dan sejukkan 1 malam di dalam peti sejuk atau 4-6 hrs dalam freezer sehingga firm supaya mudah diroll.

4) Scoop ganache yang telah keras dengan mengunakan melon scoop (kalau tak ada guna saja sudu teh) pada anggaran saiz ~10-12 gm each, roll (kalau dilakukan dalam suhu bilik ~30°C, proses ini perlu lakukan dengan cepat) dan kemudian salutkan dengan serbuk koko. Teknik salutan mudah ini sesuai jika coklat ini dibuat untuk makan sendiri dan akan dimakan secepat mungkin (tahan ~1 minggu jika disimpan dalam peti sejuk dan jika difreezekan boleh tahan lebih dari sebulan). Walaubagaimana pun jika anda hendak memberi coklat ini sebagai hadiah anda perlu menyalut (enrobe) ganache tersebut dengan coklat (samada coklat compound atau couverture) dahulu sebelum disalut dengan serbuk koko. Pengunaan salutan sebuk koko ini dapat mengimbangi rasa manis ganache coklat susu ini...

Pada anda yang gemar truffle, bolehlah beli buku Dede Wilson: Truffles, dimana terdapat 50 recipes truffles yang mudah dibuat di rumah...Dalam buku ini beliau memberi penerangan dari segi pemilihan couverture, cara membuat ganache untuk truffle, membentuk, menyalut, menyimpan, dan lain-lain. Kat mana nak beli..boleh beli dari Book Depository...



Selamat mencuba

0 comments: