Monday, January 11, 2010

Paillete Feuilletine (Biskut Wafer)

Anda pernah makan Cadbury Moment?? Kalau pernah dan suka, anda boleh cuba membuatnya sendiri...salah satu bahan yang digunakan adalah biskut wafer yang lebih dikenali sebagai Paillete Feuilletine. Sekali pandang rupa dia macam biskut love letter yang sudah hancur..tapi bila paillete feuilletine ini dicampur kedalam coklat, kegaringan wafer tu tidak hilang, nice n crispy. Hajatnya nak letak gambar coklat yang saya buat, tapi belum sempat ambil gambar sudah habis dimakan oleh anak-anak..jadi letak wafer dengan kepingan coklat Sicao ajelah..


Ini resipi yang boleh dicuba:

Peanut butter crispy
200 gm coklat susu yang telah ditemper (atau compound)
20 gm peanut butter (atau paste kekacang lain eg hazelnut paste)
10 gm paillete feuilletine

Cara:
1. Campurkan peanut butter dan paillete feuilletine kedalam coklat susu couverture yang telah ditemper.
2. Masukkan kedalam mould coklat mengikut bentuk digemari, kemudian keraskan....bila dah jadi boleh dinikmati bersama keluarga.

...mana nak beli paillete feuilletine, bolehlah ke onlineshop kami.

.

0 comments: