Apa guna food warmer?? Ini soalan yang telah lama saya terima, sejak mula mengajar kelas coklat lagi. Fungsi dia sama saja macam double boil (atau bain-marie) teknik yang biasa digunakan untuk mencairkan coklat. Dalam teknik double boil air panas itu dimasak di atas dapur dan coklat dibubuh didalam bekas yang diletak atas air panas tersebut. Sebaliknya jika food warmer/thermos digunakan, air panas yang sudah dimasak akan diletakkan didalamnya, sementara coklat pula diletakkan di dalam stainless steel bowl yang boleh dimuatkan kedalam thermos/food warmer tersebut seperti gambar di bawah..tiada bezakan
Apa kebaikan dan kenapa saya promote pengunaannya? Sebabnya adalah
- Penjimatan tenaga - kita hanya masak air panas sekali saja. Thermos tersebut dapat menlambatkan pembebasan haba
- Faktor keselamatan - faktor ini agak penting jika kita membuat coklat bersama anak-anak kecil. Jika melalukan teknik double boil di dapur, agak merbahaya bila anak-anak juga sibuk berada dekat dengan dapur semasa kita memasak air (sebab masa kecil saya pernah kena air panas...dua minggu merana). Jika kita mengunakan food warmer atau thermos, jika terpegang bahagian thermos tersebuk, kepanasannya tidak terasa.
- Mudah - proses mencairkan coklat boleh dilakukan dimana-mana, tidak terhad dikawasan dapur. Ini berfeadah jika anda hendak megajar kelas coklat...
Soalan yang juga rajin ditanya kat mana nak beli dan macamana nak pilih saiz. Food warmer boleh dibeli di pasaraya seperti Mydin, Tesco, Giant etc, atau boleh beli online seperti kat Naq Chocolate (gambar dibawah) dan Teratak Chetam. Saiznya atau diameternya patut disesuaikan dengan bekas stainless steel bowl yang akan digunakan.
Ada juga yang berkenanan dengan bekas thermos yang saya gunakan..bekas ini sebenarnya adalah yogurt incubator. Masa saya beli (kakak saya yang belikan dari medical reps yang datang ke kelinik dimana beliau kerja dahulu) dulu, bekas yogurt incubator ni adalah percuma sebab kami beli yogurt starter kit..pada yang ingin mencuba mendapatkannya ini link company tu..http://www.eltean.com/yoghurt.htm. Jadi sekarang ni saya gunakan thermos ni untuk buat coklat dan juga homemade yogurt....
**Jika anda ingin mengunakan posting ini atau yang lain..silakan.. TAPI jangan lupa linkkan kembali pada blog kami...say NO to Plagiarism. TQ
0 comments:
Post a Comment