Ingat apa itu gianduja? Saya pernah buat posting pasal gianduja tahini tahun lepas..Kalau tak ingat defininasinya dari wikipedia ialah sejenis chocolate manis yang mengandungi 30% pes hazelnut, dicipta oleh Caffarel dan Prochet pada tahun 1852, ia lebih terkenal sebagai "European style" chocolate. Kali ni saya nak tunjuk cara mudah membuat gianduja tersebut ...
Resipinya:
70 gm choc susu couverture yg sudah di"temper" (atau compound yang sudah cair)
30 gm hazelnut paste (yg sudah mengandungi gula)
- Campurkan kedua-dua bahan. Gianduja yg cair ini boleh digunakan sebagai filling atau boleh dikeraskan dan disalut dengan coklat seperti gambar dibawah...
Gianduja yang cair itu diisi kedalam sampul plastik aiskrim Malaysia (satu batang ~ 100 gm). Keraskan sehingga terlekang dari sampul.
Potong ikut ketebalan yang anda suka...
kemudian celup dalam coklat couverture yang sudah di"temper" (atau compound)...hias ikut citarasa sendiri..disini saya mengunakan structure sheet, nescafe gold dan coklat putih yang diparut...keraskan kembali...
Maaflah gambar coklat gianduja yang dah jadi tak dapat ditunjuk sebab sudah habis dimakan sebelum sempat ambil gambar....
Selamat mencuba..
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
6 comments:
kak rahimah, buat filling french macaron pun sodap kan. Nanti saya nak cuba..thanks a lot.
tempting nye.tq sifu.mmg harus buat ni
cam ne nak dapatkan struktir sheet
As Salam...tumpang tanya kak, mana ye sy boleh beli imported choc like valrhona, callebaut or other imported brand area klang valley nie?
Salam...Valrhona chocolates boleh dibeli dari pengedarnya..Classic Fine Foods Sdn di Puchong. Callebaut brand boleh beli from Aeroshield Sdn Bhd kat Pandan Indah.
Assalam Dr Rahimah ni Kak nellie dari Singapore..Apa kabar?
Post a Comment