Anda suka Lassi (lebih dikenali sebagai yogurt drink)? Kalau suka cubalah resipi dibawah ni..bukan apa ada yang bertanya pada saya, FP-mango yang saya jual tu selain dari boleh digunakan untuk membuat ganache, ia boleh digunakan untuk apa lagi? Yang obvious ialah ia boleh digunakan untuk buat sorbet/ais krim..kerana ia memang diadun untuk industri ais krim. Selain dari membuat ganache, saya mengunakan fruit paste ini untuk membuat lassi dan cheese cake.

Mango Lassi
250 gm plain yogurt
250 gm air
500 gm susu rendah lemak
5 tbp gula (adjust ikut kemanisan yg anda suka)
1 tbp FP-mango
beberapa ketulan ais
Letak semua bahan diatas ke dalam food blender, blend hingga sebati...boleh dinikmati terus atau disejukkan sebentar sebelum diminum...up to you...Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment