...Anda sudah pergi ke Malaysia Chocolate Fair..kalau belum jangan lepaskan peluang.. besok last day. Kami telah sempat pergi pada hari Jumaat lepas . Okaylah..sebab berpeluang melihat coklat dalam dan luar negara dan menambah contact dalam coklat network tempatan. Sempat juga bertemu dengan a few homechoc's students (dengarnya kebanyakan pergi weekend sebab cuti).
Kebanyakan coklat yang saya rasa adalah coklat tempatan..yang luar negara tu yang saya dapat rasa cuma yang dari Russia...dark choc with spices. Terkejut juga tengok coklat dari Russia..sebab jarang dengar pasal industri coklat dari sana..yang 99% coklat tu mesti pahit sungguh, sayang tak dapat rasa sebab tak ada sampel..
Tidak lepaskan peluang juga kami sempat pergi kebooth Grandjean Freres pergi berbual dengan Deanna Yusoff (bila lagi ada peluang macam ni ...he..he). Truffle yang dijual memang diimport dari Switzerland, tetapi repackaging kat Malaysia. Focus coklat beliau adalah sebagai hadiah, sebab tulah packagingnya sungguh cantik...(sorry no sample to taste...)
Salah satu tarikan kali ini adalah "chocolate printing" oleh Chocolab, walaubagaimanapun kami tak berpeluang tengok demo chocolate printing kerana sessi demo tu waktu petang (tak boleh duduk kat Mid Valley sampai petang sebab kena balik sebelum anak-anak balik sekolah...), cuma tengok hasilnya sahaja.
Yang pakai tudung ni Chef Rozita (Chocolate Magician..as in her name card), dialah artisan chocolatier syarikat Chocolab (dia pun pernah datang ke kelas saya..saya pun dapat banyak tips dari dia..TQ Chef)
Berdepan dengan Chocolab booth ialah company yang menjual mould dari Chocolate World, Belgium..so sesiapa yang mencari good quality moulds jangan lepaskan peluang...oh sebelum tu..masa kat Chocolab, saya terjumpa Keshminder (Aeroshield) yang sedang membawa Chef Jean Marc Bernelin (Technical Advisor dari Callebaut) ke situ kerana pada sebelah petang beliau akan menunjukkan cara membuat praline..apa lagi saya pun mengambil kesempatan berkenalan (hopefully satu hari nanti kalau ada peluang ingin juga belajar dengan beliau kat Calebaut Chocolate Academy)...(without the chef uniform n hat..he looks like my lecturer..he..he)
Sebelum balik kami singgah sebentar ke booth Lembaga Koko Malaysia..dan sempat membeli barang dibawah..Instant chocolate drink dan moisturiser tu boleh juga diperolehi dari LKM office kat Bandar Baru Bangi..
Petang sampai rumah, anak-anak pun bertanya, mama pergi Chocolate Fair tak beli coklat ke??? Apa yang saya jawab...Tak da sebab kitakan boleh buat coklat sendiri..jadi apa yang saya kasi mereka cuba ialah coklat drink ...semua kata sedap..Moisturiser belum cuba lagi...
0 comments:
Post a Comment