Apa tu magnetic mould dan macamana nak guna? ..itu antara soalan yang pernah ditanya kepada saya..Magnetic mould adalah sejenis mould yang terbahagi kepada dua bahagian - polycarbonate mould yang mempunyai bentuk tetapi lompong di kedua-dua permukaannya; dan sekeping stainless steel yang bertindak sebagai penutup di bahagian bawah yang mana boleh diselitkan transfer sheet. Kedua-dua bahagian ini dilekatkan mengunakan magnet..
Bagaimana hendak mengunakkannya...klik link ni Chocolate Printing ..ada video yang mengajar bagaimana cara mengunakannya. Gambar bawah ni contoh coklat (yang berwarna-warni adalah coklat mengunakan magnetic mould dan berbagai design transfer sheet) yang dijual oleh Malaysia Coklat
...Jika anda tidak ada magnetic mould tapi masih ingin menghasilkan coklat bercorak seperti diatas..apa yang anda boleh lalukan ialah
1) Cari polycarbonate atau plastik moulds yang berpermukaan rata seperti bentuk cup atau oval seperti dalam onlineshop saya.
2) Kemudian buat coklat seperti biasa eg coklat putih seperti gambar dibawah. Bersihkan permukaannya dengan scraper
3) Potong transfer sheet mengikut besar permukaan yang hendak dihias, kemudian ratakan atas coklat yang masih cair itu..pastikan semua permukaan transfer sheet kena coklat, jika tidak akan terbentuk rongga-rongga angin yang akan mencacatkan permukaan coklat....keraskan coklat.
4) Bila coklat telah keras, keluarkan dari mould, dan cabut kepingan transfer sheet....inilah contoh coklat yang saya buat mengunakan teknik tersebut...pada sesiapa yang datang belajar tahun ini, anda akan dapat cuba teknik ini semasa kelas...
Selamat mencuba....
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment