Sunday, July 4, 2010

Mini Oreo Cheese Cake



Mini Oreo Cheese Cake

Hujung minggu macam-macam aktiviti yang hendak dilakukan. Tambahan pula, waktu hujung minggu nie lah perut rasa lapar je, almaklumlah anak-anak sepanjang hari kat rumah ... setiap masa meminta makanan. Memandangkan hujung minggu nie free dan tak ke mana-mana, saya mencuba satu resepi cheese cake mudah yang diperolehi daripada Pn. Normah (Delightful Chocs). Resipi ini kami telah variasikan mengikut citarasa kami. Bagi kami, cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Berikut disertakan resipi dan cara-cara pembuatannya.

Resipi Mini Oreo Cheese Cake
Filling

250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla

Base

Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Cara-cara membuatnya:

A) Filling Oreo Cheese Cake




1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.

2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.




3) Kemudian, cairkan coklat compound Versa White (SICAO) dan sejukkannya.

4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.




Adunan filing cheese cake yang telah dicampur dengan oreo crumb


B) Base Cheese Cake



5) Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.

6) Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.

C) Dekorasi Mini Cheese Cake


Parutkan coklat compound Versa Milk (SICAO) dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (6). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.


Mini Oreo Cheese Cake yang sedang dinikmati oleh anak saya Adam ..yum..yum..yum

Selamat Mencuba!


9 comments:

wow...what a great idea!!!thanks sifu.amat sesuai untuk org yg sgt 'rajin' mcm saya, hehehe

sangat menarik... suke... mintak izin untuk mencube resepi ni yer. klu diizinkan nak wat bisnez jugak. izinkan yer...

salam puan...
saya dah buat nih, tapi belum masuk blog lagi..sedap dan memang sangat la rasa kejunya..

thanks ya

teringin nak cuba..tapi agak2nya berapa byk oreo kena guna..anak saya hantu oreo hehehe

sedapnye kak.. coklat tu kalau guna brand lain boleh tak? :)

kalau nak jual agak2 berapa sebiji ye dr. rahimah....

kalau nak jual agak2 berapa sebiji ye dr. rahimah....

salam..

MEC3 French Vanilla tu ape ye?

coklat putih jenama ape.. then mec3 french vanila tu tak pernah dengar lau esen vanila tu tau la