Friday, February 25, 2011

Coklat ala Ferrero Rocher

Ada beberapa pengemar coklat yang menanya macamana nak buat coklat macam ferrero rocher..jawapannya saya tak tahu kerana pembuatan coklat ferrero rocher mengunakan wafer bulat yang menyaluti inti campuran hazelnut paste/coklat, dan kemudiannya dicelup dalam coklat yang mengandungi serpihan kacang. Pengunaan wafer bulat inilah yang menjadikan ferrero rocher lain/unik dari truffle biasa yang mana kelongsongnya adalah lapisan coklat.


Keratan ferrero rocher yang menunjukkan tiga lapisan yang berbeza..(1) inti - hazelnut paste/ milk coklat dan kacang hazelnut (2) biskut wafer bulat dan (3) salutan coklat dan serpihan kacang hazelnut


Hanya jika anda tahu cara membuat wafer bulat, anda boleh buat coklat macam ferrero rocher..tapi kalau nak buat ala ferrero rocher mudah saja...ini cara yang saya buat (tiru cara iklan ferroro rocher ini)





Langkahnya:

1) Buat intinya mengunakan resipi gianduja..kalau dalam kelas saya resipi gianduja ini dibuat sebagai free design coklat. Kemudian isikan kedalam bahagian bawah truffle mold seperti gambar dibawah, dan setelah diratakan bubuh kacang hazelnut yang telah dipanggang.



2) Setelah itu klipkan mould truffle bahagian atas dan paipkan gianduja hingga penuh mould tersebut. Keraskan di dalam peti sejuk sehingga coklat lekang dari mould.



3) Ini contoh gianduja yang telah siap dan telah dibuka bahagian atas mould truffle tersebut



4) Celup (enrobe) gianduja ke dalam coklat seperti dibawah mengunakan dipping tool..kali ni saya tak letak serpihan kacang hazelnut sebab malas nak cincang kacang tersebut...Jika anda letak serpihan kacang pastikan ia betul-betul disaluti coklat macam coklat ferrero rocher supaya tidak cepat lemau..




5) Akhir sekali balutlah mengunakan chocolate foil..kalau yang rajin buatlah sticker kecil menunjukkan brand anda dan diletakkan atas coklat tersebut....



Selamat mencuba..lepas ni saya nak cuba buat yang ini pula....




.

10 comments:

terbaik lar kak... akak ade jual ker mould yg camtu???

Truffle mold tu ada dijual: http://homechocshop.blogspot.com/2009/06/polycarbonate-mould.html

Hai kak.. Bole dptkan mould truffle tu.. Berapa rm??? Email bole ezanafitri@gmil.com

knp tak dapat masuk blog tue yer...access denied...so camner nak dapatkan mould tue n berapa harganya yer?..

kak saya tak dapa masuk online shop akak...boleh tlg send invitation..

Salam,

Maaf onlineshop saya dah tak beroperasi lagi..sbb tu blog tu dah tak boleh masuk lagi

homechoc

askm mcm mana kita nak dapatkan mould ni...tolonglah.....lama dah cari x juga jumpa....tq...

Mould truffle buatan China yang saya guna ni mungkin blh dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan kuih. Mould truffle yang berquality dari Belgium boleh dibeli dari chocolate-effect sdn kat Seremban

salam... mana nk cari mould ni yea??

This comment has been removed by the author.