Tuesday, June 2, 2009

Jawapan untuk Kuiz #1

Terima kasih pada semua yang telah sudi mencuba meneka bahan yang telah saya gunakan untuk mewarnakan coklat putih couverture tersebut..jawapannya ialah:

1) Warna kuning: Serbuk Kunyit
2) Warna coklat muda: Serbuk Kayu Manis

Gembira saya kerana ramai dah pandai meneliti keadaan rupa coklat (appearance) dan memahami konsep kesesuaian bahan yang boleh dicampurkan pada coklat. Untuk mewarnakan coklat menag disarankan untuk mengunakan pewarna berasas minyak (oil based colour) kerana ia akan bercampur dengan sempurna dalam coklat (oil in oil). Pewarna berasas air tidak boleh digunakan kerana ia akan menyebabkan coklat mengeras..tapi kalau hanya sedikit digunakan seperti untuk buat marbling effect tidak apa. Selain dari pewarna berasas minyak, warna dalam bentuk serbuk juga boleh digunakan untuk mewarnakan coklat..tinggal jika ia tidak di campurkan dengan sempurna boleh menyebabkan kesan bintik-bintik (yang dapat dikesan oleh Fazya...good job).

Di sini serbuk kunyit dan serbuk kayu manis itu disamakan dengan pewarna bentuk serbuk. Di samping memberi impak warna, serbuk kunyit dan kayu manis adalah produk asli dan selamat digunakan walaupun terlebih guna, sebaliknya pewarna tiruan tidak elok digunakan secara berlebihan. Mungkin anda bertanya, adakah coklat itu berasa kunyit dan kayu manis? Jawapannya tidak..ini maklum balas orang yang telah makan coklat itu..walau bagaimana pun coklat yang mengunakan kayu manis itu ada berbau kayu manis sedikit..

Sebenarnya banyak bahan yang kita boleh gunakan untuk mewarnakan coklat..serbuk koko, sudah tentu boleh digunakan..saffron pula boleh menberi impak kuning kemerahan dan banyak lagi...kena cubalah ...yang mesti bahan yang digunakan mesti kering dan dalam bentuk serbuk halus supaya bila dicampurkan dalam coklat boleh bercampur dengan baik.

Syarat untuk memenangi hadiah misteri ialah dapat memberi jawapan yang tepat untuk kedua-dua bahan yang digunakan.....tapi tiada siapa yang berjaya...sorrylah hadiah misteri kali ini tidak dimenangi...Insya allah kuiz #2 akan di adakan tak lama lagi...boleh cuba lagi

1 comments:

uwaaaaaaaaaaaaaaa.. salah yang nombor dua.. huhuhu.... takpe.. lenkali cuba lagi.. hehehehe