Alhamdulilah kelas minggu ini berjalan lancar. Hari Rabu, Fidah dan Linda , sementara hari Sabtu Watie dan Doriah. Linda yang berpuasa pada hari tu masih bersemangat hingga ke akhir kelas walaupun sibuk membuat coklat selama lebih 5 jam..tapi mesti puas dengan hasil yang boleh dibawa balik..he..he.. Pidah pula ialah rakan serumah saya semasa bujang sentiasa ceria walaupun sudah penat membuat coklat....Berapa lama agaknya coklat yang dibuat itu akan habis???...yang sudah pasti ialah anak-anak yang dirumah sudah tentu gembila bila ibu-ibu balik dari kelas membawa banyak coklat...
Watie dan Doriah pula cool saja semasa membuat coklat, tapi saat yang paling mereka tunggu-tunggu ialah semasa membuat coklat bear. Sebenarnya sebelum mengambil kelas ini, Watie pernah membeli coklat bear yang kami buat untuk majlis harijadi anak kawannya...dan sekarang beliau dah bersedia untuk menerima tempahan pula...siapa-siapa kat office Watie yang nak coklat bear, bolehlah tempah dengan Watie..he..he....Doriah pula kalau pergi overseas ambil-ambillah gambar coklat-coklat yang interesting kat sana dan berkongsilah dengan kami..manalah tahu boleh timbulkan idea baru untuk mencipta resipi coklat baru etc...
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment