Salah satu makanan yang rajin saya hidangkan untuk mereka yang datang belajar di rumah saya ialah roti buah zaitun dalam bentuk baguette. Roti ni sedap dimakan dengan kari, sup, atau begitu saja.. Mudah dibuat dan boleh tahan sampai 3 bulan jika disimpan dalam freezer..tapi kat rumah saya roti ini tak perlu disimpan dalam freezer kerana habis dimakan dalam sehari dua saja. Kerana ramai yang bertanya resipinya jadi saya sertakanlah disini....
Bahan-bahan: (boleh buat 3 medium size baguette)
500 gm tepung high protein
300 ml air
2 tsp yeast kering
1/2 tsp garam
1 tbp marjerin (kalau nak lagi sihat tukarkan dengan minyak zaitun)
10 gm (atau segenggam) wholemeal (boleh diganti dengan wheat germ atau oats)
5 - 7 biji buah zaitun (hitam atau hijau)
secubit mixed herbs (kalau tak letak pun tak apa)
Cara:
1. Campurkan semua bahan kering. Tambahkan air dan diuli hingga sebati. Setelah itu tambahkan marjerin dan diuli kembali sehingga doh menjadi lembut dan kenyal. Kalau mengunakan mesin penguli roti, doh ini diuli selama 10 min. Jika guna automatic bread machine, perlu ratiokan bahan diatas mengikut kapasiti mesin anda, kemudian cuma buat sampai tahap doh saja.
2. Setelah itu naikkan doh selama ~40 min sampai doh mengembang dua kali ganda.
3. Bahagikan doh menjadi 3 bahagian. Ratakan doh dan kemudian digulung membentuk jaluran panjang macam gambar dibawah. Biar naik selama ~10-15 minit, sapu air dan potong permukaan dengan pisau tajam sebelum dibakar pada suhu 190°C selama ~ 20 min.
4. Untuk lebih cantik bakar baguette mengunakan loyang seperti di bawah, tapi kalau tak ada guna saja loyang pembakar biasa.
Selamat mencuba...kalau nak buat untuk makan dengan jem atau sapuan coklat guna resipi di atas cuma tak payah letak buah zaitun & herbs.
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
1 comments:
saya juga sudah makan roti tu...heee~~~
Post a Comment