Wednesday, January 22, 2014

Chocolate Potato Chips

...Wow..sudah lama saya tak menulis apa-apa posting...sampai blog address pun dah bertukar dari homechoc.com ke address asal...homechoc.blogspot.com...maklumlah dah tak ada commercial value..ha..ha..tapi sayang nak buang blog ni sebab masih banyak information dan resipi yang boleh di manafaatkan bersama.  Kerana masih tidak berkesempatan untuk repair semua link...jadi kalau nak cari information tambah sajalah blogspot ke address homechoc.com tu...Insya allah bila saya sempat saya akan cuba repair address codingnya...


Jadi hari ni saya cuma nak share chocolate sempoi yang diminta oleh anak-anak...asyik makan potato chip biasa aje..kali ni nak makan yang bersalut chocolate pula..sebab hari tu ada kwawn yang beri commercial chocolate potato chip (dia beli kat The Garden, Mid Valley)...nama pu orang kasi...hanya dapat merasa tapi tak puas makan..nak beli sorrylah (mahalnya !)


www.royce.com.my

Apa lagi..kena buat sendiri ajelah..tak susah pun...hanya salut chocolate kat patato chips.  Pemilihan patato chips penting kerana kalau patato chip tak sedap, letak choclate apa pun jadi tak sedap.  Apa yang saya buat saya guna aje plain commercial potato chips..dan kemudian salut dengan milk chocolate couverture untuk . Milk chocolate sesuai untuk digabungkan dengan potato chips yang masih...masin manis dan rasa berlemak..cukup memberi kepuasan..Prosess menyalut kena cepat untuk mengelakkan chips jadi lemau...jadi saya mengunakan pastri brush untuk salut permukaan dalam chips..lepas tu keraskan kat peti sejuk...~5-10 min...dan kemudian simpan dalam bekas bertutup untuk elak chips yang tidak bersalut resap lembapan dan jadi lemau.




Nak kasi hadiah pun senang...taklah mudah pecah...siapakah bertuah dapat chocolate patato chips ni???


















Yang pastinya..patato chips yang ranggup, masin, dan keras sedikit sesuai di salut dengan milk chocolate dan di nikmati bersama keluarga...cepat dibuat dan cepat di habiskan...murah dan yang penting semua puas menikmatinya......Lepas ni apa pula resipi nak di kongsi...rajin-rajinlah berkunjung ke blog ni!


1 comments:

berminat jugak... kin amik aura business dlm ni... mohon nak resepi nya ye kak <3