Wednesday, November 19, 2008

Cikgu-cikgu membuat coklat

Alhamdulihah kelas coklat hari ini berjalan dengan lancar. Kali ini giliran cikgu-cikgu di tadika anak-anak saya yang datang belajar buat coklat. Maklumlah mereka biasa makan coklat yang anak-anak saya bawa jika ada jamuan di sekolah. Jadi sempena cuti sekolah ni sempatlah Cikgu D.J dan Cikgu Wana datang belajar buat coklat di rumah saya bagi menambahkan pengetahuan dan skil masing-masing, sekurang-kurangnya boleh membuat coklat untuk keluarga, mana tahu tak lama lagi boleh mula bisnes...


Cikgu Wana dan Cikgu D.J sedang membuat ganache

Tiap-tiap kelas cuma dua orang yang diajar supaya setiap orang betul-betul dapat mencuba sendiri membuat coklat dan insyallah bila balik rumah boleh terus buat coklat dengan baik. Kebiasaannya, jika membuat coklat peralatan yang mesti ada ialah jangkasuhu dan marble slap/table, begitu juga bilik mesti berhawa dingin. Tetapi rata-rata yang datang belajar tidak mempunyai peralatan tersebut atau bilik yang berhawa dingin. Tapi jangan risau kerana teknik yang saya ajar, anda tidak perlu peralatan atau bilik yang berhawa dingin tersebut. Tetapi yang penting bila balik rumah kena rajin praktis supaya skil yang dipelajari tidak dilupai...



Mereka tengah sibuk "temper" coklat couverture

0 comments: