Seperti biasa apa-apa yang mengandungi coklat memang menjadi kegemaran keluarga saya - candy, kek, ais-krim, sos, biskut etc..Baru-baru ini saya telah dihadiahkan buku oleh kakak ipar saya, Astrid yang bertajuk "Chocolat oleh Stephan Lagorce". Buku ini banyak memberi penerangan berkenaan pengunaan coklat disamping memberi 40 jenis resipi yang sungguh menarik. Saya akan mencuba resipi-resipi tersebut dan akan berkongsi dengan anda (maaflah tak dapat beri anda rasa, jadi anda kena cuba buat sendiri di rumah...he..he)
Resipi yang pertama dicuba ialah coklat sapuan kerana kami sekeluarga suka makan roti juga. Saya telah menukar sedikit resipi asal untuk menjadikan produk ini kurang lemak dan gula.
70 gm hazelnut yang dikisar
50 gm madu
200 gm susu sejat (kalau nak lebih lemak gunalah double cream)
11/2 tbs mentega tanpa garam
250 gm coklat couverture hitam (jika tak suka pahit, boleh gantikan dengan coklat susu)
- Panaskan susu, madu dan mentega mengunakkan kaedah double-boil
- Setelah campuran itu panas, campurkan coklat yang telah dicincang. Gaul hingga sebati baru campur hazelnut.
- Kemudian pukul campuran yang masih panas tadi dengan mengunakan handmixer pada takat tinggi selama 1 minit untuk mengebukannya.
- Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman. Untuk tahan lama produk ini mesti disimpan dalam peti sejuk
6 comments:
Assalamualaikum kak, teringin lah pulak nak try resepi nih. Tapi kat mana nak cari coklat couverture / coklat susu tuh? Utk pengetahuan kakak, saya berada di jb.
Untuk beli coklat couverture atau compound (Brand yg saya guna) di JB you boleh beli from Leen at http://lasentosa.blogspot.com
boleh x gantikan coklat couverture tu dgn coklat masakan yg biase..
as salam,nak tanye...kalau di puchong...kt mane nk dpt coklat couverter??? acuan pn kt mane nk cari??
Salam,
Choc couverture you blh beli dari Bake with Yen kat Puchong (Bdr Puteri), kat situ you pun blh beli mould
Post a Comment