Monday, November 5, 2012

Simple Petit Four

Pada anda yang bercadang untuk menhidangkan dessert yang nampak canggih sikit selepas makan mungkin anda boleh cuba buat konsep petit four...kuih-kuih atau cake yang comel-comel...small portion tapi menarik (ingat diet!)

Pada yang rajin buat cakes bolehlah buat..tapi pada yang tidak kesempatan buat kek kerana oven meragam ke atau tak ada bahan boleh cuba resipi petit four mudah ini. Apa bahannya...



1) Biskut cream creakers:..kalau whole wheat lagi berkhasiat.  Yang penting masih rangup.  Potong bite size.
2) Ganache:  Apa-apa recipe ganache yang anda rasa keluarga anda gemar.  Kali ini saya guna ganache mango/lime..mangga memberi warna kuning yang cantik sementara limau nipis menolong mengurangkan rasa manis coklat putih disamping enhance rasa mango tersebut.







 3) Couverture yang telah di"temper".













Cara nak buat..senang aje..pipekan ganache pada biskut untuk dibuat macam sandwich.. sambil buat sambil masuk mulut..he..testing aje! Untuk memudah proses mencelup setelah dibuat sandwich ini ia disejukkan sekejap supaya ganache firm dan tak melilih  dicelup dalam coklat.





Kemudian enrobe dalam couverture yang telah di"temper"..dan hias ikut kreativity anda.




Selepas dikeraskan dalam petisejuk..hidangkan !




Bon Appetit !

Comment anak-anak: ...sedaplah mama, mama beli wafer kat mana ni? Rupa-rupanya biskut cream crackers aje...



p/s Keranggupan biskut dalam petit four ini bergantung pada jenis inti...cepat lemau jika ganache mengandungi peratusan cecair yang tinggi.  Disarankan untuk tahan lama boleh diganti dengan gianduja...atau buat dalam quantity yang boleh di habiskan dengan cepat!   


Selamat mencuba!

.

2 comments:

eermm...sedapnyer... selalu biskut lemak tak brapa laku kat rumah ni, buat cicah air kopi jer, kalo celup coklat gini mungkin tak sempat nk simpan dalam bekas. TQ