Dah lama saya tak berkongsi resipi, jadi kali ini saya ingin berkongsi resipi coklat yang termasuk dalam kategori coklat sihat yang sesuai untuk seisi keluarga. Selalunya kalau kita mentioned coklat sihat kebanyakan akan terus fikir coklat hitam kerana industri coklat banyak menekankan tentang kelebihan dark chocolate yang kaya dengan flavanol (antioxidant). Tetapi tidak semua orang suka coklat hitam kerana ia lebih pahit dan kurang rasa lemak berbanding dengan coklat susu. Oleh itu salah satu cara untuk menjadikan coklat susu atau putih lebih berkhasiat adalah dengan menambah bahan-bahan lain kedalam coklat yang boleh menjadikan ia lebih sihat...kali ini bahan-bahan sihat yang saya tambahkan dalam coklat susu adalah homemade muesli.
Homemade muesli ni senang saja untuk dibuat...campur sajalah oat, nuts dan dried fruit. Yang saya buat saya guna regular oat, slice almond, cocoa nib, raisin, dates, cranberry dan gogi berries. Untuk membuat muesli yang menarik dan enak pastikan campuran mengandungi bahan yang crunchy, manis dan berwarna yang menarik seperti gambar dibawah...Pengunaan kekacang memberi element crunchiness, sementara dried fruit eg raisin etc memberi element manis dan gogi berry merah menarik! Berapa ratio bahan-bahan...up to you! Pada yang terlalu sibuk..you can buy ready made muesli kat supermarket (Mahal tau!...berbaloi buat sendiri). Muesli ni kaya dengan serat, natural sugar dan antioxidant...sesuai untuk sarapan (ni nak puasa..untuk sahur bagi yang tak sempat memasak!). Kebiasaannya di rumah saya yang makan muesli dengan susu sejuk hanyalah saya dan suami, anak-anak tak mahu. Jadi cara yang terbaik nak suruh mereka makan adalah dengan dibuat coklat snack..
Resipi muesli chocolate finger
100 gm milk coklat couverture yang telah di"temper" (boleh diganti dengan coklat putih, hitam atau campuran)
10 gm hazelnut paste (boleh dganti dengan peanut butter)
100 gm homemade muesli
Cara
1) Campurkan kesemua bahan-bahan dan padatkan pada ketebalan ~1-1.5 cm dalam bekas yang telah dialas dengan plastik.
2) Keraskan di dalam peti sejuk...dan kemudian potong mengunakan pisau yang tajam.
Healthy Snack for the whole family! |
Akhir sekali saya ingin ucapkan pada pengunjung blog selamat menjalankan ibadat puasa, semoga Ramadan tahun ini adalahlah lebih baik dari Ramadan sebelumnya..banyakkan bersedekah dan memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengasih!
0 comments:
Post a Comment