Thursday, September 8, 2011

Apa nak buat?

Alhamdulilah ibadah puasa dan sambutan hari raya telah selamat kita lalui..cuma tinggal puasa enam saja lagi...Banyak lagi ke kuih raya yang tinggal?..yang pasti kuih-kuih favorite dah habis, yang tinggal kuih-kuih yang kurang menarik samada kurang manis atau dah selalu sangat dihidangkan ..jadi apa yang nak dibuat pada kuih-kuih yang kurang dapat sambutan?

Cara saya untuk menarik minat anak-anak supaya kembali berminat pada biskut atau kuih yang kurang dapat sambutan itu adalah dengan mecelup atau membubuh coklat..Tart dibawah ini dibuat mengunakan homemade jem roselle yang masam-masam tapi kurang manis, jadi rasa tart ini kurang menyerlah, tapi pada sesiapa yang perlu mengawal kandungan gula memang cukup baik.




Jadi untuk menyerlahkan rasa tart ini, saya paipkan coklat susu (couverture yang telah ditemper). Apa lagi..tart ini cepat saja habis lepas tu...

Ini pula contoh biskut marie yang kurang mendapat sambutan pada bulan puasa...kerana tidak mahu membazir saya telah celupkannya dengan coklat susu (couverture yang telah ditemper) dan kemudiannya dihias mengunakan almond nip dan cocoa nip. Celupan biskut ini juga sesuai untuk dijadikan buah tangan...mudah dan sedap!




.

0 comments: