Sempena bulan puasa ni bekalan kurma memang banyak dan bermacam jenis. Anak-anak saya kurang gemar kurma yang terlalu lembut (seedless), mereka lebih suka kurma kering dan kenyal. Kurma lembut seperti gambar dibawah ni hadiah daripada seorang student Saudi kepada suami saya. Anak-anak tak nak makan jadi kenalah cari cara untuk dimaanafatkan hadiah ini...apa lagi buat coklatlah. Base coklat yang saya guna ialah coklat Valrhona noir (hitam) 68% cocoa content yang saya beli masa balik Peranchis bulan Jun lepas. Walaupun kandungan kokonya tinggi, coklat ini mempunyai rasa pahit dan manis yang cukup balance..sedap tapi mahal (anggaran RM 140 sekilo). Juga kali ini saya mengunakan susu kambing Hi-Goat sebagai krim. Jadi resipi ini sesuai untuk orang yang tidak suka coklat yang terlalu manis dan ada alahan pada susu lembu.
Bahan-bahan (utk ~30 biji):
1 peket susu Hi-Goat(di bancuh dengan 100 ml air suam sahaja)
60 gm kurma lembut
200 gm Valrhona Noir 68% (boleh diganti dgn Callebaut 70% Strong)
Pistachio yang telah dipanggang dan dicincang untuk menyalut ganache
1) Panaskan susu Hi-goat dan kurma lembut yang hanya dilenyek secara double boil seperti gambar di bawah. Setelah panas angkat dari air panas (remove from the heat source)
2) Kemudian curahkan campuran yang panas tadi ke dalam bekas yang berisi coklat couverture hitam yang sejuk . Biarkan coklat terrendam sebentar, kemudian gaul hingga sebati.
3) Letakkan ganache yang dibuat itu ke dalam bekas dan sejukkan ~2 jam atau lebih di dalam peti sejuk sehingga firm supaya mudah diroll.
4) Scoop ganache yang telah firm dengan mengunakan melon scoop (kalau tak ada guna saja sudu teh) pada anggaran saiz ~10-12 gm each, roll dan kemudian salutkan dengan pistachio cincang. Teknik salutan mudah ini sesuai jika coklat ini dibuat untuk makan sendiri dan akan dimakan secepat mungkin (tahan ~2 minggu jika disimpan dalam peti sejuk dan jika difreezekan boleh tahan lebih dari sebulan). Walaubagaimana pun jika anda hendak memberi coklat ini sebagai hadiah anda perlu menyalut (enrobe) ganache tersebut dengan coklat (samada coklat compound atau couverture) dahulu sebelum disalut dengan pistachio cincang.
Selamat mencuba...
Anda suka truffle...jangan lepaskan peluang memiliki buku ini..kat mana nak beli.. Book Depository
1 comments:
As Salam...nak tumpang tanya, mana nak beli imported chocolate like valrhona, callebaut or any other brand kt kl nie ye?
Post a Comment