Sunday, August 15, 2010

Callebaut Chocolate Academy


Seminggu sebelum puasa saya dan adik saya berpeluang pergi training selama dua hari kat Callebaut Chocolate Academy di kilang Callebaut, Port Klang. Kursus yang kami ikuti adalah "All About Chocolate", dimana kami diajar mengunakan couverture dalam pembuatan praline, kek dan ais krim. Yang mengajar kami ialah Jean-Marc Bernelin (Technical Consultant/Advisor Callebaut Asia) yang tak pakai lab coat tu...kami pakai lab coat macam kat makmal pula.he..he..teringat masa kerja dulu.



Masa kursus tu selain dari coklat couverture Sicao, couverture single origine/finest selection dari Callebaut Belgium, Carma dan Cacao Barry digunakan..memang sedap dan berbeza dari couverture biasa (boleh didapati di Malaysia tapi mahal, anyway kalau untuk makan sendiri apa salahnya..)




Di situ juga kami berpeluang melihat "all the nice gadgets" yang digunakan oleh artisan chocolatier seperti mesin robot coupe yang digunakan untuk buat ganache,



confectionary guitar cutter untuk memotong ganache untuk buat cut praline,





dan mesin untuk mengebukan ais krim yang telah dibekukan (bukan ice cream machine)..jangan tak tahu Paco Jet in RM 15 ribu sebuah...



Inilah sebahagian hasil apa yang kami pelajari..praline cetak dan celup,



kek dan ais krim...Sedap!!


...kalau nak tahu lebih lanjut apa teknik/resipi yang saya pelajari masa kursus tu jangan lupa kunjungi blog saya lagi...



0 comments: