Semenjak berkecempung dalam bidang membuat coklat ini saya telah mula mengumpul beberapa buah buku yang berkaitan dengan coklat dan confectionaries. Buku-buku tersebut ada yang ditulis oleh Chef, culinary professor dan juga ahli physics. Bergantung pada kepakaran masing-masing infomasi yang dikongsi adalah berbeza-beza.
Pada Pesta Buku lepas, saya tidak melepaskan perluang mencari buku-buku coklat. Kebetulan pula, Sifu coklat Malaysia yang terkenal iaitu Chef Amer telah melancarkan bukunya yang bertajuk - Terokai Rahsia Coklat.
Pada Pesta Buku lepas, saya tidak melepaskan perluang mencari buku-buku coklat. Kebetulan pula, Sifu coklat Malaysia yang terkenal iaitu Chef Amer telah melancarkan bukunya yang bertajuk - Terokai Rahsia Coklat.
Ini adalah salah satu buku yang patut anda miliki jika anda baru mula hendak belajar membuat coklat praline. Chef Amer berkongsi teknik membuat praline mengunakan couverture dan juga compound. Lebih dari 40 resipi yang cukup mudah untuk dicuba dirumah. Disamping itu juga beliau ada berkongsi cara untuk membuat kotak dan mangkuk coklat yang comel dan cantik untuk diberi sebagai hadiah. Buku ini boleh dibeli dimana-mana kedai buku seluruh Malaysia.
Selain dari buku Chef Amer saya juga membeli buku baru Peter Greweling (Professor di Culinary Institute of America) yang khusus untuk pembuatan coklat dan manisan di rumah - Chocolates and Confectionions atHome.
Saya juga memiliki buku beliau Chocolates and Confectionions for Artisan. Perbezaan kedua-dua buku ini adalah "the target audience/reader". Buku for Artisan adalah padat dengan infomasi teknikal yang ditujukan kepada mereka yang memang berpengalaman dan berpengetahuan berkenaan pembuatan coklat. Sementara buku yang kedua (atHome), beliau tujukan pada reader yang ingin membuat coklat praline dirumah tetapi yang tidak ada pengalaman dalam bidang coklat. Jadi penerangan tentang sesuatu teknik yang digunakan adalah mudah difahami dan diikuti. Resip-resipi yang dikongsi adalah hampir sama tetapi dalam buku yang kedua ini beliau menerangkan cara membuatnya step by step disamping memberi tips untuk berjaya membuat sesuatu resipi.
Selamat menambah ilmu...
Selamat menambah ilmu...
0 comments:
Post a Comment