Tuesday, March 30, 2010

Set Hidangan Pencuci Mulut

Apa yang anda boleh buat lagi dengan Décoflex Silicone? Anda bukan setakat boleh membuat mini cheese cake tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk membentuk mangkuk coklat. Mangkuk coklat yang dihasilkan boleh digunakan mengikut kreativiti anda. Saya menggunakan mangkuk coklat ini sebagai set hidangan pencuci mulut saya sekeluarga.

Hidangan pencuci mulut saya sekeluarga: Mangkuk coklat yang dibuat menggunakan
Décoflex Silicone, diisi dengan ais krim MatKool Magic dan dihiasi dengan kepingan buah pisang dari kebun belakang rumah. Sungguh menyelerakan!

Jangan risau ... saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan Décoflex Silicone bagi membentuk mangkuk coklat.




Saya menggunakan Décoflex Silicone - Mould of 8 Hearts (DR240). Cairkan Dark Choc Button (Van Houten) dan isikan separuh ke dalam mould silicone ini.




Langkah seterusnya, anda perlu meramas-ramas bahagian bawah mould silicone bagi menggantikan proses mengetuk untuk memastikan tiada gelembung angin "bubbles" pada coklat dan meratakan coklat pada semua bahagian dinding mould silicone tersebut. Kemudian, masukkan mould silicone ke dalam peti sejuk untuk proses mengeraskan mangkuk coklat. Perhatian: Bahagian dinding mangkuk coklat adalah nipis dan perlu disapu sekali lagi dengan coklat bagi tujuan menebalkan dinding mangkuk coklat. Anda perlu pastikan dinding mangkuk coklat cukup tebal supaya apabila mangkuk coklat dikeluarkan dari mould silicone, ia tidak pecah.




Keluarkan mangkuk coklat yang telah keras dari peti sejuk. Anda perlu menolak mould silicone dari bahagian bawah untuk mengeluarkan mangkuk coklat. Senangkan! Mangkuk coklat sudah siap. Pelbagai kegunaan Décoflex Silicone boleh anda cuba. Jangan hadkan kreativiti anda.

Selamat mencuba.

1 comments:

Thanks Dr.

Mama memang dah ada mould ni.. boleh guna buat kotak choc.. thanks again.