Tuesday, April 13, 2010

Dark Chocolate Marmalade

Resipi dark chocolate marmalade ini sesuai untuk yang mengemari coklat hitam tetapi tidak tahu membuat praline (kerana anda tidak perlu mengunakan membuat kelonsong coklat atau menemper coklat couverture)

Bahan-bahan (utk 16 biji):
38 gm susu (saya pakai lowfat milk saja)
20 gm orange marmalade
75 gm belgian dark chocolate (70% cocoa)
Badam yang telah dipanggang dan dikisar halus untuk menyalut ganache

Cara:
1) Panaskan susu dan marmalade secara double boil jika membuat kuantiti yg sedikit atau terus atas api jika kuantiti yang banyak. Setelah panas angkat dari air panas/api (remove from the heat source)
2) Kemudian curahkan campuran yang panas tadi ke dalam bekas yang berisi coklat hitam yang dicincang atau dalam bentuk calet (belgian coklat ini dalam bentuk butang kecil). Biarkan coklat terrendam sebentar, kemudian gaul hingga sebati. Pastikan suhu ganache telah jatuh bawah 34°C bila semua coklat telah cair. Proses ini adalah untuk memastikan ganache yang terhasil adalah stabil dan tidak terlalu mudah cair setelah ia dikeraskan nanti.

Tips: Macamana nak pastikan jika anda tak ada thermometer? Cuba rasa suhu bekas tersebut, dah sejuk atau panas..jika sejuk, insya allah ok, jika terasa suam..ganache yang terhasil tidak stabil dan akan mudah mencair pada suhu bilik..apa perlu buat, tambahkan sedikit coklat yang telah dicincang halus. Sebaliknya, jika ada coklat yang masih tidak larut dan suhu bekas telah sejuk, apa patut dilakukan adalah dgn meletakkan ganache tersebut sekejap atas air suam kuku, angkat dan kacau sehingga semua coklat telah larut.

3) Letakkan ganache yang dibuat itu kedalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak atau plastik, supaya mudah dikeluarkan nanti(seperti gambar di bawah). Keraskan ganache di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam sehingga ia terasa 'firm' atau keras.





4) Keluarkan ganache yang telah keras dari bekas dan potong mengikut bentuk yang dikehendaki.




5) Kemudian salutkan ganache dengan badam yang halus sepeti gambar dibawah. Jika anda tidak suka badam anda boleh ganti dengan sebuk koko atau gula icing. Teknik salutan mudah ini sesuai jika coklat ini dibuat untuk makan sendiri dan akan dimakan secepat mungkin (tahan ~1 minggu jika disimpan dalam peti sejuk). Untuk tahan lebih lama atau jika anda hendak memberi coklat ini sebagai hadiah anda perlu menyalut (enrobe) ganache tersebut dengan coklat (samada coklat compound atau couverrure) dahulu sebelum disalut dengan kekacang yang dikisar atau serbuk koko.




Selamat mencuba..

1 comments:

MasyaAllah ... sedapnya.. thanks for sharng UmmuAnas...jazakalluhukhairan kathiira....
Copy paste in put this recipe under my "things to do".