Coklat yang akan dikongsikan kali ini diberi nama Milo Chocolate Stick oleh Ammar sebab ia dihiasi oleh cereal pop Milo. Cereal Milo ni dulu memeang digemari oleh Ammar tapi sekarang ni dia dah tak minat sangat, jadi untuk menghabiskan stock yang ada terpaksalah diubah suaikan supaya tidak membazir. Alhamdulilah dalam bentuk chocolate stick ni cepat aje habis.
Untuk membuat coklat stick tak susah, tak perlu mold cuma kena pipe saje. Untuk membolehkan coklat itu dibentukkkan dengan mudah secara 'piping', kelikatan coklat mesti lebih tinggi dari biasa. Jika tidak semasa di'pipe", bentuknya akan mudah hilang dan jadi meleper saja. Di sinilah kita akan tambah bahan yang selalunya perlu dielakkan jika kita buat coklat mengunakan technique molding...Apakah bahan tersebut...bahan berasakan air. Taklah boleh letak air banyak sangat, hanya sekadar menambahkan kelikatan coklat cair saja. Kebanyakan Chef-chef mencadangkan menambah glucose or simple syrup. Untuk resipi ini saya tak guna sugar syrup tapi saya gunakan pati buah delima yang kaya dengan anti-oxidant (kandungan gula semula jadi).
Resipi:
200 gm milk chocolate couverture yang telah ditemper
2 tsp pati buah delima (kalau nak flavour lain eg orange boleh guna sunquick)*
Nota: * Kuantiti pati buah atau syrup yang digunaka bergantung pada peratusan air...lagi rendah lagi banyak boleh dibubuh. Pastikan bubuh sedikit demi sedikit hingga sampai tahap kelikatan yang dikehendaki.Masukkan campuran tadi kedalam piping bag, dan pipe ikut bentuk yang anda gemari...
Lepas tu bubuh cerel Milo..
Nampak tak nama Ammar ??
Selepas dikeraskan di peti sejuk, bolehlah packing dalam balang yang kedap udara sebab cereal Milo tu cepat lemau!...
SELAMAT MENCUBA!
.
0 comments:
Post a Comment