Monday, March 29, 2010

Coklat ala The Trios dari Fidani

Cara yang paling mudah untuk membuat coklat praline yang nampak "professional" ialah dengan mengunakan mould..tapi anda perlu ada mould. Jika anda tidak ada mould anda masih boleh membuat coklat praline yang cantik dan kelihatan exclusive...cuba lihat coklat Trios dari Fidani..macamana agaknya ia dibuat?


The Trios
An exciting trio of hazelnuts ontop of gianduja and coated with dark chocolate

Kalau ikut penerangannya tiga biji hazelnuts dibubuh atas coklat gianduja (sebagai tapak), dan kemudian coklat ini dicelup dalam coklat hitam...jadi macamana nak buat ala coklat ni...

Ini cara mudah yang saya buat...

1) Sebagai tapaknya saya hanya mengunakan classic milk SICAO yang dalam bentuk callet/button. Jika anda hendak guna gianduja (mcm Fidani), kena buat callet sendirilah..jika langsung tak ada coklat callet, guna saje biskut bulat..


2) Kemudian lekatkan hazelnut yang telah dipanggang mengunakan coklat compound/masakan yang telah dicairkan. Buat macam corak dibawah..kemudian letak didalam peti sejuk sekejap supaya hazelnut betul-betul telah melekat pada callet tersebut.



3) Kemudian celupkan di dalam coklat couverture (samada coklat susu atau hitam) yang sudah ditemper..boleh juga mengunakan coklat compound yang telah dicairkan...pastikan semasa mencelup, lebihan coklat dijatuhkan supaya bentuk kekacang kelihatan jelas seperti dibawah..hias mengikut citarasa anda..



Selamat mencuba...



0 comments: