Untuk merangsang kreativiti anak-anak, mereka perlulah didedahkan pada bermacam-macam aktiviti-aktiviti yang lain dari rutin seharian seperti bersukan, berlakon, bercerita, melukis, berkemah, memasak dan lain-lain. Hari Sabtu lepas saya telah berpeluang menghantar kedua-dua anak saya Anas dan Adam menyertai kelas Little Chef yang dianjurkan oleh Sugarflour. Kelas kali ini ialah mendeco cupcake dan biskut..lihatlah aksi mendeco cupcake...
yang ini pula menghias biskut...yang gelaknya habis aje deco terus makan sebab lapar..
Apa yang dipelajari perlulah dipraktik supaya tidak lupa dan akan jadi lebih mahir, ini yang selalu saya ingatkan pada sesiapa yang datang belajar buat coklat..jadi semalam juga anak-anak saya mempraktikkan skil yang dipelajari.....apalagi ganache coklat digunakan untuk menghias cupcake coklat madu yang dibuat mengunakan coklat hitam couverture..jadi rasanya pahit-pahit manis...
0 comments:
Post a Comment