Saturday, August 15, 2009

FHM 2009 - Couverture dan Compound

FHM 2009 telah berlalu dan kami berasa beruntung dapat berjumpa dengan beberapa pembekal bahan-bahan coklat disitu disamping dapat merasa berjenis-jenis couverture import yang terdiri dari coklat campuran (blended chocolate) dan "single origine chocolate eg Madagascar, Sao Thome dan Maracaibo" dan coklat tempatan seperti dari pengilang di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Callebaut dari Belgium (distributor Aeroshield)

Felchlin dari Switzerland (distributor PastryPro)

Colatta dari Indonesia (distributor BGS Trading)

Berita baik ialah ada satu pembekal baru yang akan mula memperkenalkan coklat couverture dan compound iaitu Beryl's Gourmet dimana coklat ini dihasilkan di kilang mereka yang baru di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi...dengar kata produk tersebut akan mula dijual di Beryl's Wonderland di Seri Kembangan minggu depan...

Beryl's Gourmet dari Malaysia (dibuat oleh Beryl's Chocolate & Confectionery)



2 comments:

HI KAT MANA BLH SAYA BELI MILK COKLAT COMPOUND BERYLS NI? SAYA DI LUMUT,PERAK...

boleh bagi info saya mahu beli untuk buat coklat homemade..0199778112 @ zurainizanudden@yahoo.com