Monday, August 9, 2010

Easy Homemade Ice Cream



Raspberry & Passion Fruit Ice Cream

Membuat ais krim di rumah yang berkrim dan 'smooth' seperti di pasaran selalunya memerlukan mesin ais krim. Jika tidak, kita perlu mengisar campuran ais krim yang separa beku beberapa kali dengan menggunkan food processor untuk menghaluskan partikel ais di dalamnya ... proses ini agak leceh (lebih-lebih lagi menggunakan blander atau food processor yang terhad di rumah). Jangan risau, kami ada cara yang paling mudah untuk menghasilkan ais krim yang berkrim dan smooth (ala-ala Haagen-Dazs). Resipinya adalah seperti di bawah:

Bahan-bahan:

250gm Whipping Cream
150gm susu pekat manis
40gm MEC3 Raspberry atau perisa MEC3 yang lain
50gm Classic Dark Couverture Sicao

Cara-caranya:

1) Pukul whipping cream yang sejuk dengan mixer pada kelajuan yang tinggi sehingga 'peak' seperti gambar di bawah


2) Kemudian campurkan whipping cream yang sudah 'peak' dengan susu pekat. Setelah sebati, campurkan MEC3 Resberry dan kacau rata.



3) Cairkan coklat Couverture Classic Dark dan 'drizzle' pada bekas tupperware yang sudah disejukkan di freezer selama 10 minit. Kemudian, masukkan campuran ais krim ke dalam bekas beberapa lapisan sambil 'drizzle' coklat couverture pada setiap lapisan ais krim tersebut seperti gambar di bawah.



4) Bekukan ais krim tersebut di dalam freezer selama 4 jam atau lebih (sehingga ais krim tersebut beku 'firm'). Akhir sekali, nikmatilah ais krim yang dihasilkan seperti kanak-kanak di bawah ini:


Kepada pengunjung blog yang mengemari ais krim homemade, anda bolehlah membeli buku 'The Perfect Scoop' oleh David Lebovitz ini


3 comments:

Tkasih atas resepi ini. Puan,whipping cream tu pakai dairy atau non-diary?

Whipping cream tu dairy...

puan,
saya nk taye kalo gune brand perisa lain bleh jd x..