Tuesday, November 8, 2011

Structure Sheet

Sebelum saya mula bercerita pasal coklat, ingin saya ucapkan pada pengunjung blog a belated "Eid ul Adha Mubarak"..

Posting kali ini saya ingin kongsi tentang teknik dekorasi coklat mengunakan "structure sheet or textured plastic". Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bercerita pasal "structure sheet"..ini posting dulu (Gianduja yang mudah) yang pernah saya tunjuk kegunaannya tapi tidak diterangkan tentangnya.

Structure sheet adalah kepingan plastik yang bercorak seperti gambar di bawah. Corak tersebut boleh terbentuk atas permukaan coklat bila kepingan tersebut diletakkan atas coklat yang masih cair dan kemudian dikeraskan. Teknik pengunaan structure sheet ini sama sahaja dengan pengunaan transfer sheet, digunakan untuk menghias coklat celup (enrobed chocolate). Structure sheet yang biasa digunakan oleh industri coklat boleh dibeli secara online atau di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan membuat kuih.

Kelebihan structure sheet berbanding dengan transfer sheet adalah pengunaannya boleh berulangkali (recycleable)..guna, basuh dan boleh digunakan kembali selagi corak tidak rosak. Tapi transfer sheet sekali guna saja. Dari segi penggunaan, transfer sheet adalah lebih mudah kerana permukaannya yang rata boleh membolehkan ia melekat dengan baik pada permukaan coklat tanpa meninggalkan "trap bubble". Melekatkan structure sheet pada permukaan coklat lebih rumit terutama jika corak mengandungi banyak liku-liku (intricate design). Jika setakat meletakkannya atas coklat dan terus ditekan, besar kemungkinan banyak "trapped bubble" akan terbentuk..nanti coklat bila dah siap ada lubang-lubang..Di sinilah kemahiran seseorang dapat dinilai! (saya pun masih tidak beberapa mahir, kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok...apapun anak-anak cukup gembira dapat makan coklat defect..he..he..)



Tapi pada anda yang menghadapi masalah membeli "commercial structure sheet", saya sarankan anda untuk mengunakan kepingan plastik yang bercorak yang mudah diperolehi seperti bekas-bekas plastik yang digunakan untuk biskut, cake etc (Pastikan plastik bercorak yang anda hendak guna mesti yang Food grade supaya selamat diguna!). Gambar di bawah ini bekas plastik biskut TIGER. Coraknya boleh tahan cuma kualiti plastiknya agak lembik berbanding "commercial structure sheet". Tapi tak apalah guna sekali dua pun dah ok, sebab selalunya akan dibuang begitu saja setelah biskut habis.




Potong saja ikut saiz yang anda hendak guna...lepas tu letakkan atas salutan coklat..pastikan tiada trapped bubble...




Inilah hasil coklat yang mengunakan plastik coklat Tiger berbanding dengan "commercial structure sheet"..sama-sama boleh menghasilkan coklat yang berkilat dan penampilan yang menarik..




Selamat mencuba!
.

0 comments: