Thursday, March 10, 2011

Apple Cake

Buah yang selalu ada dalam peti sejuk saya ialah buah apple, kerana semua ahli keluarga saya sukakannya. Tapi kadang-kadang bila dah terlalu banyak dan dah tak larat makan begitu, terpaksalah cari cara lain untuk menghabiskannya. Alhamdulilah epal juga mudah digunakan untuk buat dessert. Salah satu resipi mudah ialah apple cake yang saya olah mengikut bahan-bahan yang mudah ada dirumah berdasarkan resipi yg saya jumpa kat blog David Lebovitz: French Apple Cakes. Kek ni nampak biasa saja tapi setiap kali saya buat mesti habis right away.


Resipi

4 biji epal (pengunaan epal hijau yg masam lebih sedap berbanding dengan epal yg manis)
110 gm tepung
2 biji telur saiz A
135 gm brown sugar (pada yang suka lebih manis boleh guna gula biasa dan ikut resipi David)
110 gm minyak masak (saya campurkan sedikit minyak carotino dengan minyak masak biasa untuk menghasilkan warna yang lebih menarik )
3/4 tsp baking powder
3 tbp jus lemon
1/2 tsp MEC3 French Vanilla
Secubit garam


Cara:

1) Buah epal dibuang kulit dan dipotong dadu
2) Campurkan tepung, garam dan baking powder
3) Pukul telur, vanilla dan gula merah hingga kembang. Kemudian bubuh campuran tepung tadi. Kacau hingga sebati baru bubuh minyak dan jus lemon
4) Setelah sebati baru bubuh buah epal
5) Masukkan dalam springform pan (saya guna 7") yang telah disapu margerin.
6) Bakar dalam oven pada suhu 180°C lebih kurang 1 jam atau sehingga kek tidak melekat pada pisau bila dicucuk bahagian tengahnya (pastikan oven telah dipanaskan sebelum memasukkan kek).




Yang berlubang tu sebab Ammar dah tak sabar untuk menikmati apple kek ni sebelum sempat ambil gambar!!

Selamat mencuba...

.

0 comments: