Sekarang ni cuaca memang panas..dah lama lebih tak hujan. Dalam cuaca panas begini memang sedap makan dessert yang beku macam ais krim. Ais krim tu boleh dimakan begitu saja atau diolah menjadi sesuatu yang lagi istimewa. Jadi kali ini saya ingin kongsi resipi mudah iaitu mini ice cream pie. Ais krim yang saya guna adalah yang dibeli di pasaraya..tapi kalau nak yang homemade buatlah sendiri.
Bahan-bahan:
Air krim
Bertih beras (rice crispy)
Coklat susu couverture (saya guna brand Sicao, kalau tak ada boleh guna brand lain atau guna saja coklat susu cadbury)
Caranya:
1) Tapak pie - Cairkan coklat susu couverture secara double-boil, kemudian hanya sejukkan hampir ke suhu bilik (Couverture itu jangan di'temper' supaya ia mudah cair pada suhu rendah). Setelah itu campurkan bertih beras dan isi serta dipadatkan dalam bekas plastik seperti di bawah ini. Bekas itu kemudiannya perlu disimpan di dalam freezer sehingga kepingan coklat berisi bertih beras boleh ditanggalkan dari bekas plastik(~30-45 min). Ini dilakukan supaya ia mudah dikeluarkan dari bekas plastik setelah diisi ais krim nanti.
2. Inti pie - Isikan ais krim diatas tapak pie tadi dan padatkan ia seperti gambar dibawah. Bekukan kembali di dalam freezer beberapa jam. Untuk mengeluarkan pie dari bekas plastik, gunakan pisau untuk memisahkan ais krim dari tepi bekas plastik. Kerana tapak pie tadi sudah tidak melekat pada bekas plastik, pie itu akan mudah dikeluaran
0 comments:
Post a Comment