Monday, June 29, 2009

Dragon Fruit Delight

Kebanyakan coklat yang terdapat dipasaran lebih banyak mengunakan buah-buahan luar seperti strawberi, blueberri, oren etc kerana perisa buah-buahan ini telah lama diperkenalkan oleh syarikat-syarikat coklat luar negara. Alhamdulilah dengan penglibatan usahawan tempatan dan Lembaga Koko Malaysia, buah-buahan tempatan seperti durian, pisang dan cempedak telah mula diperkenalkan dalam pembuatan coklat buatan tangan.

Salah satu buah-buahan tempatan yang cukup menarik yang boleh kita gunakan untuk membuat inti coklat ialah buah naga (dragon fruit). Disamping warna merah/ungunya yang cukup menarik, buah ini juga kaya dengan khasiat vitamin A dan C. Kerana warna buah ini sungguh menyerlah, tiada bahan tambah perwarna diperlukan untuk memberi warna yang menarik bagi inti coklat ini. Inti coklat yang kami buat ini mengunakan buah naga yang segar dan ia tidak mengandungi sebarang bahan tambah. Gambar dibawah ini adalah contoh coklat Dragon Fruit Delight yang mengunakan coklat couverture hitam (57% koko) sebagai "shell" kerana keluarga saya gemar coklat hitam.

Kepada pengemar coklat bolehlah beli coklat Dragon Fruit Delight ini dari kami (RM 20 untuk 1 pak yang mengandungi 15 biji coklat) ....untuk lebih menarik anda boleh pilih jenis coklat kegemaran anda untuk dijadikan "shell" coklat ini...Penghantaran melalui pos laju boleh dibuat dengan syarat pembelian lebih dari 2 kotak.

0 comments: