Monday, April 27, 2009

Mold untuk membuat coklat

Maaflah dah lama tak buat posting..sibuk dengan kelas dan tempahan coklat.....

Kali ini saya ingin berkongi infomasi berkaitan dengan mold coklat kerana ramai juga yang bertanya bagaimana hendak memilih mold selain dari mold coklat eg mold ice, jelly etc.. kerana sebelum ini saya pernah cerita serba sedikit berkenaan mold-mold yang saya guna untuk membuat coklat di rumah (Peralatan membuat coklat di rumah)

Criteria untuk memilih mold-mold tersebut adalah:
1) Jika ia dibuat dari plastik keras, pilihlah mold yang mempunyai permukaan yang licin dan mempunyai corak atau designnya yang jelas (sharp) dan nyata (define) seperti mold dibawah. Coklat yang akan dihasilkan akan terbentuk dengan cantik mengikut bentuk mold yang dipilih.



2) Jika ia dibuat dari jenis plastik yang lembut seperti jelly mold dibawah ni, adalah lebih baik jika anda memilih mold yang bersifat kosong atau "plain design" seperti mold bentuk hati kerana mold ini tidak dibuat dengan begitu baik. Corak yang banyak tetapi tidak jelas seperti mold bentuk kerang ini tidak akan membentuk dengan elok bila kita mencetak coklat .



Jadi jika anda masih hendak beli, belilah mold yang berbentuk "plain" sahaja seperti dibawah ini...


Tapi dengan gabungan mold yang murah ini juga anda boleh hasilkan coklat mirip coklat yang dihasilkan mengunakan mold yang mahal dari Chocolate World


2 comments:

saya nak mould bentuk cd (compact disc) please...

saya nak mould bentuk cd (compact disc) please...