Ada beberapa orang yang berminat untuk mengikuti kelas coklat saya telah bertanya apakah peralatan yang digunakan. Ini adalah gambar peralatan asas yang perlu untuk membuat coklat mengikut cara yang saya ajar..
Bekas yang berwarna putih bertutup tu adalah yogurt maker (thermos) fungsinya hanyalah untuk isi air panas yang akan digunakan untuk mencairkan coklat...jika anda tak ada jangan risau guna saja sebarang bekas (mangkuk atau periuk) yang boleh tahan air panas. Coklat akan diletak di dalam bekas yang boleh menyerap dan membebaskan haba dengan baik, saya sarankan guna bekas stainless steel, yang dalam gambar ini saya beli di pasaraya Bintang di Bangi, cuma ~ RM 5 saja.
Mold untuk buat chocolate boleh apa-apa bekas yang dibuat dari polycarbonate, plastik dan silicone. Mold transparent tu adalah polycarbonate mold yang biasa digunakan oleh chef etc..harganya RM 30-300 bergantung pada qualiti..jika dari Belgium mahallah, yang saya guna cuma dari negeri Cina, RM 30. Mold ungu tu adalah mold ice/jelly (beli kat Bintang, Bangi ~RM4) dan mold kuih putu (warna coklat, RM ~2). Scraper plastik & measuring spoon dalam gambar tu yang biasa diguna untuk buat kuih. Tak payah berbelanja mahal-mahal beli peralatan, guna saja apa yang ada di rumah. Penimbang perlulah tapi thermometer tak perlu.....harap infomasi yang diberi dapat menyakinkan anda bahawa membuat coklat adalah tidak rumit seperti yang disangkakan.....lupa...marble table tu fungsi sebagai tempat kita buat coklat bukan tempat untuk temper coklat..
...Ini contoh peralataan yang digunakan oleh Pn Normah (dia pelajar pertama saya, selalu kasi saya rasa contoh-contah coklat baru dia) di rumahnya - Delightful Chocs
Change your words to Change your world.
3 weeks ago
2 comments:
ada jual coklat compound online ke? berapa harganya termasuk postage ke Melaka?
Salam,
Dah tak jual coklat compound lg..
rahimah
Post a Comment