Penggal kedua persekolahan telah bermula semula hari ini. Bagi ibu-ibu yang ada anak-anak di sekolah rendah mesti menyediakan makanan bekalan untuk ke sekolah. Kebiasaannya saya bekalkan untuk anak saya biskut, sandwich, jemput-jemput etc..tapi kalau dah selalu benda yang sama bosan juga anak-anak tu! Maklumlah kat kantin sekolah banyak yang menjual jajan-jajan yang lebih menarik...so apa idea yang boleh menarik appetite anak-anak? Saya pasti ibu-ibu punya idea sendiri. Kali ini saya kongsikan snack yang mudah dibuat untuk dibekalkan ke sekolah ataupun after school snack..wafer bersalut coklat dan dorayaki berinti homemade nutella.
Wafer bersalut coklat ini mudah dan snack yang pasti digemari anak-anak. Kalau kat kantin berbagai jenama yang dijual seperti kitkat, Cadbury wafer etc. Contoh wafer yang sedap dan mudah adalah Munchy's wafer..ada 14 keping dalam satu pack (less than RM 2.00). Celupkan ia dalam coklat couverture hitam bercampur milk supaya tidak terlalu manis (saya buat 1:1). Bila dah dikeraskan bolehlah dibalut mengunakan chocolate foil..mudah untuk dibawa ke sekolah (taklah bawa setupperware penuh..1 atau 2 keping cukuplah untuk bawa ke sekolah!...juga sesuai disediakan jika ada jamuan di sekolah).
Untuk after school snack wafer yang telah disalut tersebut boleh juga disimpan balik dalam bekas Munchy's yang asal dan di tutup kembali mengunakan sealer...taklah membazir....RECYCLE!
Pada adik-adik tentu biasa tengok cerita Doremonkan? Apa makanan kegemaran beliau? Sudah tentu Dorayaki..tak perlulah ke Jepun nak merasanya...sekarang ni kat pasaran dah ada dijual. Membuat Dorayaki ni tak susah..kami berpeluang belajar membuat Dorayaki dari pelajar adik saya yang berasal dari Jepun. Kalau nak resipi klik di sini: Kelas Doriaki dan Onagiri. Kalau Doremon dorayaki berinti paste kacang merah...tapi di rumah saya dorayaki berinti homemade nutella ataupun ganach eg. strawberry ganache...sedap hingga menjilat jari!
1 comments:
Salam Pn Rahimah..
Semalam saya cuba resipi dorayaki untuk minum petang.. untuk intinya saya sapukan choc & peanut butter stripe je.. memang best! Terima kasih kerana sudi kongsi resipi.. izinkan saya kongsi dengan rakan-rakan alam maya yang lain ya..
~Lynn Sham~
Post a Comment