Thursday, March 15, 2012

Kreatif Koko

Diam tak diam cuti sekolah dah nak habis tapi seperti biasalah masa cuti ni kenalah rajin membuat manisan sebab anak-anak yang sedang membesar ni kejap aje kelaparan walaupun bila baru aje makan. Kalau dulu saya hanya rajin buat coklat praline atau enrobed biscuit kali ni saya tukar selera pula pada manisan tradisional yang di ubah suai mengunakan koko atau coklat couverture.

Kuih-kuih tradisional yang mudah untuk diubah suai mengunakan coklat adalah kuih kukus pisang, kuih rangin dan roti...Untuk kuih kukus pisang ni saya hanya masukkan dark choc couverture yang di cincang dalam adunan..sedap dan menyelerakan!



Kuih kukus pisang bercoklat


Kuih rangin pula, coklat yang digunakan menganti gula yang diletakkan di bahagian tengah kuih tersebut...kali ini saya hanya mengatur kepingan callet Sicao milk seperti dalam gambar di bawah..lagi sekali sedap dan kuih habis dengan cepat...



Kuih rangin berinti coklat


Roti coklat memang tidak asing..jadi apa salahnya tukar selera buat baguette coklat. Di sini dark choc couverture Sicao yang dicincang di bubuh pada permukaan adunan yang di ratakan sebelum digulung sebab kalau di campurkan dalam adunan roti terus coklat couverture ni lembik nanti susah pula nak membentuk baguette. Lagi sedap kalau makan bagutte coklat yang baru masak dengan homemade nutella.





Gambar bawah ni nothing to do with kreatif koko tapi hanya Ammar yang beraksi sebagai kanak-kanak "Jepun"!



.

0 comments: